awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Petronas mahu kekalkan pengeluaran domestik dua juta tong minyak sehari dalam tiga tahun akan datang
Trump dakwa Putin setuju henti serangan ke atas Kyiv selama seminggu ketika cuaca terlalu ekstrem
EU isytihar IRGC sebagai 'organisasi pengganas'
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dron termal bantu imigresen tahan 218 warga asing di Cheras

Bernama
Bernama
29/01/2026
22:10 MYT
Dron termal bantu imigresen tahan 218 warga asing di Cheras
Seramai 220 warga asing ditahan atas pelbagai kesalahan oleh Jabatan Imigresen Malaysia dalam operasi penguatkuasaan di Taman Emas, Jalan Emas Cheras, 29 Jan 2026. -- fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan 218 warga asing dalam Operasi Sapu Bersepadu di Taman Emas, Cheras malam tadi dengan bantuan teknologi dron termal bagi mengesan individu yang cuba bersembunyi, termasuk di atas bumbung bangunan.
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JIM, Datuk Lokman Effendi Ramli berkata, penggunaan teknologi itu berjaya mengesan kira-kira 15 warga asing yang bersembunyi di atas bumbung premis rumah kedai untuk mengelak ditahan.
Beliau berkata, operasi yang dijalankan dari 6 petang hingga 8.30 malam itu melibatkan pemeriksaan ke atas 1,087 individu di premis perniagaan serta tempat penginapan di bahagian atas bangunan.
"Daripada jumlah berkenaan, seramai 218 warga asing berusia antara 18 hingga 53 tahun ditahan kerana disyaki melakukan pelbagai kesalahan imigresen," katanya pada sidang media di lokasi operasi.
Beliau berkata operasi hasil risikan selama kira-kira dua minggu itu melibatkan 279 pegawai JIM dan 10 pegawai Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Lokman Effendi berkata, mereka yang ditahan terdiri daripada 166 lelaki dan 52 wanita, melibatkan warga Myanmar (78), Bangladesh (56), Indonesia (44), Nigeria (12), Nepal (10), India (5), Sri Lanka (4) dan lain-lain negara (9).
Beliau berkata, semua tahanan akan ditempatkan di Depoh Tahanan Imigresen Semenyih bagi siasatan lanjut atas pelbagai kesalahan, termasuk tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah, melanggar syarat pas, tinggal melebihi tempoh dibenarkan, menggunakan kad yang tidak diiktiraf, serta kesalahan lain di bawah Akta Imigresen 1959/63.
"Operasi penguatkuasaan akan terus dilaksanakan secara berterusan bagi mengesan, menangkap, mendakwa dan mengusir warga asing yang melanggar undang-undang negara di bawah Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966, Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 serta Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007," katanya.
Setakat semalam, sebanyak 1,069 operasi penguatkuasaan telah dijalankan di seluruh negara, melibatkan pemeriksaan terhadap 17,793 individu, termasuk 3,691 pendatang asing tanpa izin dan 110 majikan yang ditangkap.
Beliau mengingatkan orang ramai dan majikan supaya tidak menggaji atau melindungi warga asing tanpa dokumen sah kerana tindakan tegas akan diambil terhadap pihak terbabit.
Pada masa sama, Lokman Effendi menasihatkan pendatang asing tanpa izin supaya mengambil peluang menyertai Program Repatriasi Migran 2.0 yang akan tamat pada April 2026, bagi mengelakkan tindakan penguatkuasaan lebih ketat selepas itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#dron termal
#warga asing
#Imigresen
#Operasi Sapu Bersepadu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan