awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Israel bedil beberapa kawasan di Gaza meskipun gencatan senjata berlangsung
Superbug: Produk berasaskan haiwan di Malaysia selamat - DVS
Ringgit cecah 3.99 berbanding dolar AS, paling kukuh dalam tempoh lebih tujuh tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua ADUN DAP Perak letak jawatan dalam parti

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
11/09/2019
08:20 MYT
Dua ADUN DAP Perak letak jawatan dalam parti
Leong Cheok Keng (tengah) dan Leow Thye Yih (kiri) umum peletakan jawatan dalam jawtaankuasa parti DAP Perak berkuatkuasa serta-merta. - Gambar Astro AWANI
Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada DAP di Perak meletakkan jawatan dalam jawatankuasa DAP negeri itu.
ADUN Malim Nawar, Leong Cheok Keng meletakkan jawatan sebagai Timbalan Bendahari manakala ADUN Pokok Assam, Leow Thye Yih meletakkan jawatan sebagai Penolong Setiausaha Organisasi DAP.
Peletakan jawatan mereka kerana dikatakan tidak berpuas hati dengan kenyataan Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming berhubung kedudukan anggota Exco Kerajaan Negeri, Paul Yong Choo Keong yang sedang menghadapi tuduhan merogol pembantu rumahnya.
Cheok Keng yang juga peguambela Paul Yong berkata, peletakan jawatan itu adalah muktamad dan berkuatkuasa serta-merta.
“Kami tidak berpuas hati dengan berita yang kita dengar pagi ini bahawa jawatan Exco YB Paul Yong akan dibincang pada peringkat Pakatan Harapan (PH) Perak dengan tidak memberitahu kami terlebih dahulu bahawa isu ini akan dibincang pada peringkat itu.
“Pada pandangan kita, sekiranya jawatan YB Paul Yong akan dibincang pada peringkat PH ia perlu dibincangkan terlebih dahulu pada peringkat Jawatankuasa DAP Perak,” katanya dalam sidang media di pejabatnya, di sini pada Rabu.
Menurut kenyataan Kor Ming yang disiarkan di dalam beberapa portal berita hari ini, kedudukan Paul Yong akan dibincangkan oleh PH Perak.
Menurut Cheok Keng, mereka khuatir jika isu itu dibincangkan, kedudukan Paul Yong mungkin akan terjejas sedangkan di dalam mesyuarat parti sebelum ini mereka sepakat bahawa Exco berkenaan tidak bersalah dan sepakat untuk mempertahankannya.
Topic Berkaitan
#dalam parti
#DAP
#Dua ADUN
#letak jawatan
#Penolong Setiausaha Organisasi
#Perak
#Timbalan Bendahari
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan