WARIS Kesultanan Sulu yang dikatakan melakukan tuntutan berjumlah AS$14.92 bilion (RM62.59 bilion) kepada Malaysia dilaporkan telah merampas aset dua anak syarikat Petronas di Azerbaijan.
Memetik laporan Financial Times, peguam pihak yang menuntut telah merampas aset syarikat petroleum itu yang didaftarkan di Luxembourg, Petronas Azerbaijan (Shah Deniz) dan Petronas South Caucasus.
Menurut laporan itu juga, nilai kedua-dua aset berkenaan mencecah lebih AS$2 bilion (RM8.87 bilion).
BACA: Kerajaan tidak iktiraf tuntutan RM62.59 bilion waris Sultan Sulu
Peguam yang mewakili waris kesultanan itu dilaporkan berkata, bailif di Luxembourg merampas syarikat berkenaan bagi pihak pelanggan mereka.
Difahamkan juga, tindakan itu merupakan sebahagian daripada tindakan undang-undang dikemukakan waris Sulu pada 2017 untuk mendapatkan pampasan terhadap tanah di Sabah yang didakwa dipajak oleh nenek moyang mereka kepada sebuah syarikat British pada 1878.
BACA: Tuntutan waris Sultan Sulu: Malaysia akan hantar nota diplomatik kepada 168 negara
Setakat ini, Astro AWANI masih menunggu maklum balas daripada pihak Petronas berhubung perkara tersebut.
Rampasan dua aset itu turut dilaporkan Go Tech India yang dalam laporannya menyatakan kes itu disifatkan oleh pakar sebagai salah satu prosiding timbang tara yang luar biasa yang pernah berlaku dalam sejarah.
Laman web berita Sepanyol La Información pada Mac lepas melaporkan penimbang tara Sepanyol, Gonzalo Stampa mengarahkan Malaysia membayar pampasan kepada waris sultan Sulu itu sekurang-kurangnya RM62.59 bilion.
Menurut Dr Stampa, Malaysia mempunyai tiga bulan untuk membayar pampasan itu atau berisiko membayar faedah, melainkan anugerah tersebut dibatalkan.
Begitupun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, tuntutan Waris Kesultanan Sulu itu adalah terbatal selepas Mahkamah Madrid pada 29 Jun 2021 membatalkan pelantikan Penimbang Tara yang menguruskan tuntutan itu.
Mahkamah sama juga turut memutuskan Partial Award on Jurisdiction yang dikeluarkan Penimbang Tara tersebut, Gonzalo Stampa bertarikh 25 Mei 2021 adalah terbatal.
Menurutnya, berdasarkan keputusan tersebut, berkata, semua tindakan dan keputusan yang dibuat Stampa adalah terbatal.
Agensi
Tue Jul 12 2022

Rampasan dua aset itu turut dilaporkan Go Tech India yang dalam laporannya menyatakan kes itu disifatkan oleh pakar sebagai salah satu prosiding timbang tara yang luar biasa yang pernah berlaku dalam sejarah. - Laporan Go Tech India

Pantau Kerajaan Baharu | Harga barang turun, pendapatan rakyat naik?

Pemilihan UMNO: Saya pemimpin kecil, cukup 'main' di Perak sahaja - Saarani
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad mengesahkan dirinya tidak akan bertanding bagi merebut mana-mana jawatan tertinggi di Pusat pada Pemilihan UMNO 2023.

Selatan Thailand | Lawatan Anwar beri momentum kepada rundingan damai
Lawatan rasmi sulung Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat mampu membawa perubahan positif dalam rundingan damai selatan Thailand. Penolong Dekan Kolej Islam Antarabangsa Universiti Krirk, Dr Bandit Aroman berpendapat pengaruh perdana menteri di negara itu mampu pemangkin bagi mempercepatkan rundingan damai.

Rasuah | Kakitangan hospital direman terima suapan urus jenazah
Seorang Penolong Pegawai Perubatan sebuah hospital di Temerloh direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes meminta dan menerima suapan berjumlah RM17,859.00 bagi mendapatkan kerja-kerja pengurusan jenazah daripada ejen-ejen pengurus jenazah.

Peguam Negara | Pengganti Tan Sri Idrus Harun masih dibincangkan - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim malumkan perbincangan masih dijalankan berhubung pengganti Tan Sri Idrus Harun sebagai Peguam Negara.
![[TERKINI] Enam maut dalam nahas di Genting Highlands [TERKINI] Enam maut dalam nahas di Genting Highlands](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/2008558/35293274881675849832030_640x360.jpg)
[TERKINI] Enam maut dalam nahas di Genting Highlands
Enam disahkan maut dalam nahas melibatkan sebuah van yang terbabas ke sisi jalan di KM 4.8 jalan turun Genting Highlands pada Rabu.

PN Selangor tiada pelawa KJ jadi calon PRN, MB - Zulkafperi
Zulkafperi berkata, setakat ini tiada perbincangan diadakan pimpinan Bersatu Selangor dengan Khairy berhubung tawaran berkenaan.

China bantah tindakan AS tembak jatuh belon 'awam'
China mengemukakan bantahan selepas 'belon' ditembak jatuh oleh Amerika Syarikat (AS).

Enam termasuk pegawai dan anggota polis didakwa bunuh pemandu e-hailing
Enam individu termasuk pegawai dan anggota polis didakwa di Mahkamah Majistret, Tawau pada Rabu atas pertuduhan membunuh seorang lelaki pemandu e-hailing.

Mangsa banjir di Pahang turun mendadak, hanya 232 berada di PPS
Jumlah mangsa banjir di Pahang menurun dengan drastik iaitu daripada 2,797 orang kepada 232 orang hari ini.

Tuntutan waris Kesultanan Sulu: Mahkamah Luxembourg tarik balik perintah sekatan
Mahkamah di Luxembourg telah memutuskan untuk menarik balik perintah sekatan (saisie arret) yang dimohon oleh individu yang mendakwa sebagai 'waris' kumpulan Sulu, kata Datuk Seri Azalina Othman Said.

Tuntutan baharu waris Kesultanan Sulu langgar peraturan - Wan Junaidi
Tindakan tersebut bertentangan dan melanggar peraturan timbang tara dan norma di bawah UNCITRAL.

Malaysia bertindak balas terhadap tuntutan Kesultanan Sulu
Malaysia akan meneruskan prosiding mahkamah di Perancis dan Sepanyol untuk mengetepikan dan membatalkan perintah berkaitan.

Menteri, Ahli Parlimen hadir taklimat tuntutan waris Kesultanan Sulu
Beberapa menteri termasuk Ahli Parlimen daripada blok pembangkang dilihat tiba di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada malam ini bagi menghadiri taklimat berhubung tuntutan waris Kesultanan Sulu.

Tuntutan waris Kesultanan Sulu: 24 Cabang PKR Perak buat laporan polis ke atas Najib
Sebanyak 24 Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perak membuat laporan polis ke atas bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Tuntutan Sulu: Bersatu Sabah seru wakil rakyat negeri bersatu hati
Semua wakil rakyat negeri Sabah harus bersatu hati dalam usaha mengekalkan kedaulatan negeri Sabah dan isu tuntutan waris Kesultanan Sulu.
![[KOLUMNIS] Pertimbangan di sebalik usul tergempar Parlimen, peluang kerajaan yakinkan rakyat [KOLUMNIS] Pertimbangan di sebalik usul tergempar Parlimen, peluang kerajaan yakinkan rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/71658155368_BangunanParlimen.jpg)
[KOLUMNIS] Pertimbangan di sebalik usul tergempar Parlimen, peluang kerajaan yakinkan rakyat
Tindakan pasif kerajaan dalam hal tuntutan waris Kesultanan Sulu seolah-olah membenarkan hal ini berlaku.

DUN Sabah: Shafie Apdal hantar semula usul bahas tuntutan waris Sultan Sulu
Datuk Seri Mohd Shafie Apdal akan menghantar semula usul membahas dan membincangkan mengenai ancaman keselamatan daripada waris Kesultanan Sulu.

DUN Sabah: Usul bahas tuntutan waris Kesultanan Sulu ditolak
Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah hari ini menolak usul untuk membincang dan membahas mengenai ancaman keselamatan waris Kesultanan Sulu.

Pasukan khas tangani isu tuntutan waris Kesultanan Sulu ditubuhkan
Wan Junaidi berkata kerajaan memandang serius isu yang mengganggu gugat kepentingan aset-aset negara di luar negara oleh waris Sultan Sulu.