awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua beradik ditahan bantu kes culik libatkan wang tebusan RM8 juta

Bernama
Bernama
06/12/2014
02:51 MYT
Dua beradik ditahan bantu kes culik libatkan wang tebusan RM8 juta
Mangsa dilapor diculik ketika tiba di hadapan kilangnya pada pukul 9.30 pagi oleh sekumpulan tujuh lelaki yang menaiki dua kereta. -Gambar hiasan
Polis menahan dua beradik yang merupakan ahli perniagaan bagi membantu siasatan kes culik pemilik kilang emas di Lorong Nagasari, Perai Rabu lepas yang melibatkan tuntutan wang tebusan RM8 juta.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, ACP P.R Gunarajan berkata mereka yang berusia 56 dan 70 tahun ditahan di Butterworth semalam dan kini direman bagi membantu siasatan.
"Lelaki itu dilapor diculik ketika tiba di hadapan kilangnya pada pukul 9.30 pagi oleh sekumpulan tujuh lelaki yang menaiki dua kereta. Kejadian itu dilihat bekas pekerja kilang berkenaan yang memberitahu kejadian itu kepada abang mangsa," katanya kepada pemberita di sini semalam.
Gunarajan berkata selepas beberapa jam diculik, suspek menghubungi abang mangsa dan meminta tebusan sebanyak RM8 juta jika mahu adiknya yang berusia 52 tahun itu selamat.
"Hasil tindakan pantas, polis berjaya mengesan mangsa di sebuah rumah di Berapit dekat sini dan menyelamatkannya pada pukul 8 malam pada hari yang sama.
Lelaki itu hanya mengalami kecederaan ringan iaitu luka dan calar di badan," katanya.
Gunarajan berkata dua beradik yang ditahan itu adalah bekas rakan kongsi mangsa dan kini pihak polis sedang mengesan tujuh lagi lelaki yang disyaki terlibat dalam kejadian itu.
"Siasatan kami mendapati dua beradik itu marah dengan mangsa kerana dikatakan gagal memulangkan wang pelaburan emas sebanyak RM8 juta yang mereka labur sebelum ini," katanya.
Topic Berkaitan
#8 juta
#beradik
#culik
#Gunarajan
#PDRM
#siasatan
#tebusan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan