Sikap manja yang agak luar biasa dua beradik dua minggu lepas dengan bapa rupanya menjadi petanda pemergian mereka.
Nas Izaha Nasri, 27, berkata anak-anaknya itu, Muhammad Iman Naqiudin, 2, dan Muhammad Ikhwan Nasaruddin, 10 bulan, kerap menunggu di pintu menyambutnya pulang dari kerja, sepanjang tempoh berkenaan sedangkan kedua-duanya jarang berbuat demikian sebelum itu.
"Apabila perkara ini terjadi (rakit tenggelam yang mengorbankan anak-anak itu), saya imbas semula dan barulah saya sedar manja mereka sedikit lain macam yang membuatkan saya rasa terkilan," katanya dengan tenang.
Dua beradik lelaki itu lemas dalam kejadian rakit tenggelam di Sungai Bekok dekat Yong Peng, di sini, petang semalam.
Nas Izaha, yang merupakan seorang Lans Koperal di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang, Selangor, menceritakan kisahnya kepada pemberita ketika ditemui di Tanah Perkuburan Islam Kangkar Bahru, Yong Peng, hari ini.
Menurut Nas Izaha, dia sedang bertugas ketika menerima maklumat kejadian terbabit kira-kira 3.30 petang semalam daripada abang iparnya, Ali Abdul Raman Hairaddin, 28, salah seorang mangsa yang terselamat dalam kejadian itu.
"Abang ipar telefon dan beritahu anak-anak lemas... Iman dan Ikhwan di hospital. Bila saya tanya bagaimana keadaan anak-anak saya, abang ipar jawab, tidak tahu," katanya yang berasa cemas dan longlai sejurus dimaklumkan hal berkenaan.
Nas Izaha berkata dia pada mulanya tidak mampu memandu kereta untuk pulang ke Yong Peng, namun, terpaksa menggagahkan diri dengan ditemani ibunya sebelum tiba di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI), di sini, pada 8 malam tadi.
Katanya, kali terakhir dia bertemu kedua-dua anaknya itu pada Rabu lepas iaitu sebelum kedua-duanya bersama isterinya, Siti Farahida Hairaddin, 26, pulang ke Yong Peng dengan menumpang kereta Ali Abdul Raman.
Mengenai Siti Farahida, Nas Izaha berkata keadaannya masih trauma.
Katanya, isterinya itu memberitahunya kejadian itu berlaku dengan pantas dan gagal menyelamatkan kedua-dua anak mereka kerana kesemua mereka terpisah selepas rakit itu terbalik.
Dalam kejadian kira-kira 3 petang semalam, rakit kayu membawa 10 orang yang mempunyai hubungan keluarga itu tenggelam ketika kesemua mangsa sedang menyeberang sungai tersebut untuk melihat ternakan kambing mereka di tebing sungai.
Iman dan Ikhwan ditemui lemas sejurus kejadian itu manakala nenek mereka, Lana Ismail, 55, dan bapa saudara, Mohd Aiman Arif, 10, hilang ketika itu.
Namun, mayat Mohd Aiman kemudian ditemui pasukan bomba dan penyelamat kira-kira dua meter dari lokasi kejadian, pada 8.40 malam tadi, manakala mayat Lana ditemui terdampar di tebing di bawah jambatan sungai itu, 8.15 pagi tadi.
Kesemua empat jenazah itu selamat dikebumikan dalam satu liang lahad pada 3.20 petang ini.
Selain Siti Farahida dan Ali Abdul Raman, mangsa lain yang terselamat adalah Hairaddin Masran, 58; Nor Diana Alisa Hairaddin, 31; Junaidah Yang, 28; serta Muhamad Ali An-naqi Abdul Raman, 2.
Nor Diana Alisa, bagaimanapun, kini masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) HSNI.
Bernama
Mon Dec 28 2015
Jenazah Lana, Mohd Aiman Arif, Muhammad Iman dan Muhammad Ikhwan Nasaruddin Nas Izaha, 10 bulan, ditatap buat kali terakhir oleh anggota keluarga dan saudara di kediaman keluarga di Kangkar. - Foto Bernama
Pengasas jenama fesyen Mango Isak Andic maut terjatuh tebing
Isak Andic, pengasas rangkaian fesyen global Mango, meninggal dunia pada Sabtu selepas terjatuh dari tebing di timur laut Sepanyol.
Konsert Siti Nurhaliza, Judika dikejutkan dengan insiden kebakaran
Konsert penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza bersama Judika di Stadium Merdeka dikejutkan seketika dengan insiden kebakaran kecil melibatkan kotak bunga api pada Sabtu.
PRN Sabah: GRS nyata hasrat terus bekerjasama dengan PH - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berhasrat untuk mengekalkan kerjasama dengan Pakatan Harapan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri akan datang.
Program Gerakan Kepimpinan Madani perkukuh inisiatif KPM banteras isu buli
Program Gerakan Kepimpinan Madani: Hentikan Salah Laku Buli dan Seksual yang dilaksana KPM memperkukuh inisiatif kementerian dalam usaha membanteras isu buli di sekolah.
Anak jadi inspirasi guru pedalaman bina bilik multisensori bantu murid pendidikan khas
Seorang guru di pedalaman Sabah menjadikan anak lelaki tunggalnya yang juga kanak-kanak autistik sebagai sumber inspirasi membangunkan projek bilik multisensori.
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
Polis henti SAR anggota TDM di Royal Belum
Bagaimanapun usaha pencarian diteruskan oleh pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Tiada unsur dera bayi lemas dalam selimut di rumah pengasuh - Polis
Pemeriksaan yang dilakukan terhadap bayi terbabit tidak menemukan sebarang unsur penderaan atau kecederaan fizikal ditemui pada tubuh mangsa.
Bayi lelaki enam bulan maut dipercayai lemas dalam selimut
Seorang bayi lelaki berusia enam bulan maut dipercayai akibat lemas dalam selimut di rumah pengasuhnya di Merlimau di sini pagi tadi.
Pemancing hilang ditemukan lemas di Langkawi
Seorang lelaki yang dilaporkan hilang selepas terjatuh ke dalam laut ketika menyeberangi jambatan kayu 'Water Breaker' Kuala Chenang di Langkawi, malam semalam, ditemukan lemas petang tadi.
Banjir Kedah: Jasad pengawal keselamatan lemas ditemukan tersangkut pada reba kayu
Jasad mangsa ditemukan tersangkut pada reba di tebing sungai, kira-kira 1.5 kilometer dari lokasi terakhir dia dilihat.
Dua warga emas korban baharu banjir di Kelantan - Polis
Dua lelaki warga emas lemas di Machang, hari ini menjadikan korban banjir di negeri ini meningkat kepada lima orang setakat ini, kata Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat.
Lelaki autistik ditemukan lemas
Polis menerima maklumat daripada orang awam mengenai penemuan mayat Muhammad Helmi Azman, 26, pada 11.44 pagi.
JBPM Terengganu masih mampu berdepan situasi banjir semasa - Pengarah
Kekuatan sedia ada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu setakat ini masih berupaya mendepani situasi semasa banjir di negeri itu.
Warga emas korban banjir pertama di Terengganu
Tuan Jusoh Tuan Hassan, 66 tahun, dilaporkan pergi ke kawasan sawah padi kira-kira jam 8.15 pagi untuk memukat ikan bersama tiga lagi rakannya.
Pelajar tahfiz ditemukan lemas di tali air di Bachok
Muhammad Syamil Saniran, 14, ditemukan di dasar tali air berkenaan pada kedalaman kira-kira tiga meter.