awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua beradik maut, dua parah kemalangan dua kereta di Kota Tinggi

Bernama
Bernama
01/02/2024
12:17 MYT
Dua beradik maut, dua parah kemalangan dua kereta di Kota Tinggi
Dua beradik terbabit disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. - Gambar Sinar Harian
JOHOR BAHRU: Dua beradik maut manakala dua lagi cedera parah termasuk seorang kanak-kanak lelaki lima tahun dalam kemalangan jalan raya membabitkan dua kenderaan di Jalan Kota Tinggi ke Penawar berhampiran Felda Air Tawar 3, dekat Kota Tinggi, pagi tadi.
Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Tinggi Mohd Syukri Mohd Yusof berkata dua mangsa yang maut, Mohamad Syahriel Aiman Darwis, 22, dan Nurul Saidatul Akmar Darwis, 36, yang tersepit di dalam kereta Proton Wira disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
"Dua lagi mangsa yang berada di dalam kereta yang sama iaitu Rukiah Mohd Alwee, 61, dan seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun, dipercayai ahli keluarga mangsa yang meninggal dunia itu, cedera parah," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Beliau berkata menerima panggilan kecemasan pada kira-kira 10.33 pagi melibatkan kemalangan kenderaan jenis Toyota Hilux dan Proton Wira membabitkan lima mangsa dan mengerahkan sebuah Fire Rescue Tender (FRT) bersama tujuh anggota ke tempat kejadian.
Mohd Syukri berkata warga emas dan kanak-kanak itu dihantar ke Hospital Kota Tinggi manakala pemandu Toyota Hilux, Suano Jamarin, 57, tidak mengalami sebarang kecederaan.
Operasi tersebut tamat pada 11.55 pagi tadi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kemalangan maut
#dua beradik
#Kota Tinggi
#proton wira
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan