awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laura Fernandez mendahului keputusan awal pilihan raya presiden Costa Rica
TikTok kenakan caj RM0.50 bagi setiap jualan berjaya mulai 15 Februari 2026
iPhone boleh katup? Apple dilapor uji rekaan mirip Galaxy Z Flip
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua beradik maut, seorang cedera insiden tanah runtuh di Kuala Berang

Bernama
Bernama
29/11/2024
13:55 MYT
Dua beradik maut, seorang cedera insiden tanah runtuh di Kuala Berang
Pasukan penyelamat selepas mengeluarkan mayat terakhir mangsa runtuhan di Kampung Bukit Apit, Ajil lewat petang ini. - Gambar Bernama
KUALA BERANG: Dua beradik perempuan terkorban dalam insiden tanah runtuh yang menghempap rumah mereka di Kampung Bukit Apit, Ajil, di sini pada 4.30 petang tadi.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu Hassan 'As'ari Omar berkata seorang lagi mangsa iaitu abang kepada dua yang maut, ditemukan cedera.
"Ketika kejadian hanya ada tiga mangsa di rumah tersebut. Mangsa yang cedera dikenali sebagai Uzair Azman, 17, diselamatkan pada 5.17 petang manakala dua remaja perempuan yang terkorban dipercayai adiknya.
"Korban pertama dikeluarkan pada 6.32 petang dan yang kedua ditemui pada 6.59 petang," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian hari ini.
Beliau berkata kedua-dua mereka yang terkorban ditemukan bertindih dipercayai di ruang tamu rumah berdasarkan pelan kediaman yang diterima pasukan penyelamat.
Hassan 'As'ari berkata pasukan penyelamat melibatkan 76 anggota daripada pelbagai agensi, mengambil masa kira-kira dua jam untuk mencari dan menyelamat (SAR) setelah berdepan kesukaran untuk mengeluarkan mangsa disebabkan halangan runtuhan dan binaan rumah.
"Uzair dan mayat dua adiknya dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk tindakan lanjut," katanya sebelum mengesahkan operasi SAR ditamatkan pada 7 malam tadi.
Terdahulu, Bernama melaporkan tiga individu dipercayai daripada satu keluarga terperangkap dalam kejadian tanah runtuh di Kampung Bukit Apit, Ajil.
Dalam pada itu, Hassan 'As'ari berkata berdasarkan pemerhatian tanah di belakang kediaman itu tidak begitu tinggi namun disebabkan hujan yang berterusan, pihaknya tidak menolak risiko berlaku runtuhan susulan.
"Oleh itu, saya mohon dan menasihatkan agar kediaman berdekatan lokasi insiden segera dikosongkan atas faktor keselamatan," katanya.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional Terengganu Maliaman Kassim berkata pihaknya telah menyediakan rumah sewa untuk didiami waris mangsa selain akan membantu menguruskan pengebumian dua beradik tersebut.
"Kami juga akan salurkan bantuan bersesuaian kepada mangsa yang dirawat di hospital," katanya.
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Sekolah Menengah Kebangsaan Ajil Zubaidi Mohd pula berkata mangsa yang terkorban ialah pelajarnya yang kedua-duanya disifatkan aktif bersukan.
"Mereka banyak berjasa dan mengharumkan nama sekolah dalam kegiatan sukan seperti merentas desa dan olahraga. Pemergian mereka kehilangan besar buat kami," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#JBPM
#tanah runtuh
#operasi mencari dan menyelamat
#rumah sewa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan