awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PGA Sarawak catat 23 kejayaan operasi, rampasan cecah RM35.31 juta
UNICEF salur bantuan EUR2.7 juta untuk kanak-kanak di Syria
Transformasi digital asas kesediaan Pulau Pinang jadi pangkalan utama - SPPP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua beradik, rakan mati lemas di kolam takungan Pasir Gudang

Bernama
Bernama
01/12/2015
15:43 MYT
Dua beradik, rakan mati lemas di kolam takungan Pasir Gudang
Menurut saksi, tiga sekawan berkenaan pergi ke kawasan takungan air sedalam 15 kaki yang terletak kira-kira 200 meter dari rumah mereka selepas hujan lebat. - Gambar hiasan
Dua beradik yang berkongsi tarikh lahir dan seorang rakan mereka ditemui lemas di sebuah kolam takungan di kawasan tapak pembinaan di Taman Cahaya Masai, dekat Pasir Gudang, malam Selasa.
Mangsa dikenali sebagai Hafiy Iman Hazrul Izwan, 8, dan adiknya Mikael Hazrul Izwan, 6, yang beralamat di Jalan Berlian 36, Taman Cahaya Masai serta rakan yang juga jiran mereka, Airil Iskandar Hamran, 8.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor Mohd Rizal Buang berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 7.15 malam dan tiba di tempat kejadian kira-kira 20 minit kemudian bersama-sama sebuah jentera dan enam anggota.
"Menurut saksi, tiga kanak-kanak berkenaan pergi ke kawasan takungan air sedalam 15 kaki yang terletak kira-kira 200 meter dari rumah mereka selepas hujan lebat sebelum dipercayai tergelincir di kawasan yang agak curam," katanya di sini pada Selasa.
Mohd Rizal berkata pihak bomba turut menggunakan khidmat Pasukan Penyelamat Di Air Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor bagi menyelamatkan mangsa.
Beliau berkata mangsa pertama yang ditemui ialah Hafiy Iman pada 7.49 malam manakala Mikael, 40 minit kemudian, disusuli oleh Airil Iskandar 10 minit kemudian.
Mayat ketiga-tiga mangsa dihantar ke Hospital Sultan Ismail untuk bedah siasat, kata Mohd Rizal.
Topic Berkaitan
#dua beradik
#kolam takungan
#mati lemas
#Pasir Gudang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan