PUTRAJAYA: Dua adik beradik terlepas daripada hukuman gantung setelah Mahkamah Rayuan di sini hari ini mengetepikan sabitan salah terhadap pertuduhan mengedar 986.10 gram dadah jenis kanabis, empat tahun lalu.
Panel tiga hakim yang diketuai Hakim Datuk Hanipah Farikullah yang bersidang bersama-sama Datuk Wira Ahmad Nasfy Yasin dan Datuk Lim Chong Fong sebulat suara memutuskan rayuan oleh S. Rubanraaj, 27, dan S. Nagaraja, 35, mempunyai merit.
Dalam penghakiman, Hanipah, berkata Mahkamah Tinggi bertanggungjawab untuk mempertimbangkan semua bukti di hadapannya tetapi dalam kes ini, hakim gagal mematuhi Seksyen 182A Kanun Tatacara Jenayah kerana tidak menimbangkan kes pembelaan yang menjurus kepada salah laku keadilan.
Beliau berkata berdasarkan jumlah bukti secara menyeluruh yang dikemukakan di hadapan hakim Mahkamah Tinggi, sabitan terhadap perayu adalah tidak selamat.
Pada 27 Feb, 2020, Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman mati terhadap adik beradik berkenaan, yang bekerja sebagai penarik kereta, selepas didapati bersalah mengedar dadah di kawasan parkir Apartmen Prima Bayu, Jalan Batu Unjur, Taman Bayu Perdana, Klang, Selangor, pada jam 10 malam, 26 April, 2018.
Peguam perayu, Afifuddin Ahmad Hafifi berkata bahjawa penilaian penghakiman oleh hakim Mahkamah Tinggi terhadap bukti-bukti adalah tidak mencukupi berkenaan laporan polis dan akuan bersumpah oleh saksi pembelaan.
Katanya, hakim terkhilaf apabila mengatakan pembelaan anak guamnya hanya semata-mata penafian kosong dan sesuatu yang difikirkan kemudian.
Timbalan Pendakwa Raya, Atiqah Abdul Harim, pula hujah bahawa kedua-dua lelaki tersebut mempunyai niat bersama untuk melakukan jenayah itu dan hakim Mahkamah Tinggi telah menilai bukti tersebut.
Beliau berkata walaupun hakim Mahkamah Tinggi tidak merujuk kepada laporan polis tetapi ia tidak menjejaskan kes pendakwaan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 15 2023
Panel tiga hakim yang diketuai Hakim Datuk Hanipah Farikullah sebulat suara memutuskan rayuan oleh S. Rubanraaj dan S. Nagaraj mempunyai merit. - Fail/BERNAMA
Banjir: 444 mangsa terjejas di empat negeri
Perak kekal mencatatkan jumlah mangsa banjir tertinggi iaitu 220 mangsa daripada 68 keluarga dan ditempatkan di dua PPS.
Anda kelak boleh seru Google Gemini dengan memanggil 'Hey, Gemini'
Gemini iaitu chatbot AI Google yang secara perlahan akan menjadi pembantu maya/digital baharu menggantikan Google Assistant.
Banjir kilat: SK Nanga Budu ditutup selepas air naik ke paras dada
Kawasan yang terlibat adalah bangunan dewan sekolah serta bangunan bagi prasekolah.
Final Jelajah Dunia BWF: Lee Zii Jia siap sedia hadapi cabaran sebenar bertemu tuan rumah
"Semua pemain di sini adalah pilihan terbaik tatkala mahu merangkul kejuaraan. Saya berpuas hati dengan tahap prestasi saya setakat ini." - Zii Jia
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS dalam dagangan awal hari ini walaupun walaupun indeks dolar AS (DXY) lebih tinggi.
AWANI Pagi: Satira dan Parodi: Batas kebebasan di bawah RUU 588
Diskusi 8.30 pagi Jumaat Isnin bersama Profesor Datuk Dr. Azizul Halim Yahya,Profesor Komunikasi, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA, UiTM membincangkan mengenai batas dan had kebebasan di bawah RUU 588 berhubung isu satira dan parodi yang kontroversi baru-baru ini.
Buaya di Teluk Batik: Perhilitan nasihat orang awam berwaspada
Perhilitan Perak terus memantau persekitaran Pantai Teluk Batik susulan penampakan kehadiran seekor buaya di kawasan itu semalam.
Polis tembak mati lelaki miliki 24 kes rekod jenayah di Jeram Pasu
Suspek berusia 31 tahun merupakan warga tempatan maut dalam kejadian sekitar jam 5.30 pagi tadi.
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara institut pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam AI.
Sejauh mana gelombang pergolakan pasaran akan berlaku?
Bersama Ketua MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof berkongsian penilaian terhadap prospek ekonomi negara di tengah-tengah cabaran global dan domestik.
Culik dua beradik: Lima suspek ditahan termasuk dua warga asing
Lima lelaki termasuk dua warga asing ditahan pihak polis berhubung satu kejadian culik melibatkan dua beradik lelaki, di sini pada Isnin.
Suspek kes keropok beracun dibebaskan dengan jaminan polis
Suspek yang juga pekebun itu akan dilepaskan dengan jaminan polis sementara menunggu keputusan Timbalan Pendakwa Raya.
Keropok beracun: Muhammad Akil meninggal dunia
Muhammad Akil Syauqi Nur Sufian yang berusia tiga tahun menghembus nafas terakhir jam 8.30 pagi di Hospital Pulau Pinang.
Dua beradik maut, dua parah kemalangan dua kereta di Kota Tinggi
Dua beradik maut manakala dua lagi cedera parah termasuk seorang kanak-kanak lelaki lima tahun dalam kemalangan jalan raya membabitkan dua kenderaan di Jalan Kota Tinggi.
Dua beradik bawah umur dipercayai dieksploitasi ibu diselamatkan JKM
Remaja lelaki berusia 13 dan 15 tahun dan masih bersekolah itu dipercayai mampu meraih pendapatan lumayan mencecah lebih RM10,000 sebulan.
Dua beradik didakwa membunuh
Jagdeeshraj dan Vasantharaj serta tiga lagi yang masih bebas didakwa membunuh Muhammad Syafiq Abd Latif pada 27 Okt 2023.
Dua beradik maut motosikal bertembung kereta dalam perjalanan ke sekolah
Dua beradik maut setelah motosikal yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah kereta ketika dalam perjalanan ke sekolah di kilometer (km) 45, Jalan Hutan Melintang-Bagan Datuk, hari ini.
Makmal dadah dalam gudang didalangi dua beradik tumpas
Polis menumpaskan sindiket pemprosesan dadah yang didalangi dua beradik dalam serbuan di sebuah gudang di Jelapang dekat sini pada Rabu.
Dua beradik melecur dalam kebakaran rumah
Dua beradik melecur pada bahagian tangan dan badan ketika cuba menyelamatkan diri selepas kediaman mereka terbakar.
Perahu dipukul ribut: Mayat nelayan kedua ditemui dalam lumpur
Mayat seorang lagi nelayan yang hilang ketika keluar ke laut untuk memukat udang ditemukan di kawasan berlumpur paya bakau di Kuala Kangkung, di sini hari ini.