awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PuTERA35: Agenda ekonomi MADANI perlu holistik, perkukuh kelas menengah Bumiputera
Duta Norway ke Jordan letak jawatan susulan hubungan dengan Epstein
Isu ternak babi: Tiada larangan, tapi jangan ganggu sensitiviti, kesihatan penduduk - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua beranak ditahan bantu siasatan kes tipu kutip derma

Sinar Harian
Sinar Harian
09/04/2023
08:25 MYT
Dua beranak ditahan bantu siasatan kes tipu kutip derma
HUSSEIN: Suspek wanita akan didakwa di Mahkamah Shah Alam esok (Isnin) manakala anak lelakinya ditahan untuk membantu siasatan. -Foto Sinar Harian
SHAH ALAM: Polis menahan dua beranak bagi membantu siasatan berhubung kes penipuan kutipan derma di Sentul, Kuala Lumpur pada Sabtu.
Wanita berusia 60 tahun dan anak lelakinya berusia 28 tahun itu ditahan sepasukan anggota polis dan pegawai dari Ibu Pejabat Polis Daerah Sungai Buloh, susulan tujuh laporan polis dibuat terhadap suspek sejak 21 Mac lalu.
Ketika penahanan dilakukan, polis menemui wang tunai berjumlah RM110,011 manakala RM268,000 lagi dalam akaun bank wanita terbabit dipercayai daripada sumbangan orang ramai.
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan ketika dihubungi pada Ahad mengesahkan penahanan terbabit.
"Suspek wanita akan didakwa di Mahkamah Shah Alam esok (Isnin) manakala anak lelakinya ditahan untuk membantu siasatan," katanya. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#penipuan kutipan derma
#dua beranak ditahan
#Hussein Omar Khan
#Ibu Pejabat Polis Daerah Sungai Buloh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan