awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PDRM tumpaskan sindiket pecah rumah dan premis perniagaan di Johor
4 ketua bahagian Bersatu Johor, Ronald Kiandee hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin
PM Anwar pengerusikan Mesyuarat MB dan KM, perkukuh penyelarasan Kerajaan Pusat-Negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua beranak terlibat aktiviti keganasan dipenjara

Hakim Rahman
Hakim Rahman
30/06/2015
09:12 MYT
Dua beranak terlibat aktiviti keganasan dipenjara
Mengikut pertuduhan, mereka didakwa berpakat mempromosikan keganasan di negara ini di no. 61, Pengkalan Batu Hampar, Mukim Air Putih, Pendang, antara 30 Januari dan 5 April lalu. - Sumber Gambar PDRM
Dua beranak dijatuhi hukuman penjara masing-masing 18 dan 12 tahun kerana bersubahat mempromosi dan memberikan sokongan kepada perbuatan keganasan kumpulan militan IS.
Hukuman itu dijatuhkan Hakim Mahkamah Tinggi Kamardin Hashim selepas Murad Halimmuddin Hassan 49, dan Abu Daud Murad Halimmuddin, 25, membuat pengakuan bersalah di hadapannya.
Murad Halimmuddin Hassan, pengusaha kedai perkakasan menghadapi dua pertuduhan iaitu mempromosi dan memberi sokongan kepada perbuatan keganasan kumpulan IS.
Anaknya, Abu Daud turut didakwa mempromosi perbuatan keganasan kumpulan yang sama.
Mengikut pertuduhan, mereka didakwa berpakat mempromosikan keganasan di negara ini di no. 61, Pengkalan Batu Hampar, Mukim Air Putih, Pendang, antara 30 Januari dan 5 April lalu.
Manakala empat lagi anggota IS termasuk dua anggota tentera yang didakwa di mahkamah sama mengaku tidak bersalah.
Semua mereka sebelum ini ditangkap pada 5 April lalu di sekitar Kuala Lumpur kerana merancang menculik orang kenamaan, merompak senjata api di balai polis dan kem tentera.
Mereka turut merancang meletupkan pusat hiburan dan menyerang bangunan kerajaan.
Topic Berkaitan
#Abu Daud Murad Halimmuddin
#Mahkamah Tinggi
#Murad Halimmuddin Hassan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan