MINNESOTA: Sebuah belon udara panas terhempas berhampiran sebuah lebuh raya di Rochester, Minnesota pada Rabu.
Pentadbiran Penerbangan Persekutuan memaklumkan, tiga penumpang berada di dalam belon ketika terhempas yang mana dua daripada mereka mengalami kecederaan ringan.
Dalam pada itu, menurut maklumat awal yang dikeluarkan Jabatan Polis Rochester, belon udara panas itu cuba untuk mendarat di sebuah padang apabila angin kuat menolaknya ke arah talian kuasa elektrik.
Ini menyebabkan bakulnya terpisah daripada belon sekali gus menyebabkan jatuh pada ketinggian 9 meter ke tanah.
Dalam pada itu, belon udara panas itu terapung kira-kira satu batu timur dari tempat kejadian, di mana ia mendarat di sebuah padang.
Kejadian ini juga menyebabkan sebahagian parit dilaporkan terbakar dan segera dipadamkan pasukan Jabatan Bomba Rochester.
Agensi
Thu Mar 21 2024
Menurut maklumat awal yang dikeluarkan Jabatan Polis Rochester, belon udara panas itu cuba untuk mendarat di sebuah padang apabila angin kuat menolaknya ke arah talian kuasa elektrik. - Foto REUTERS
Niaga AWANI: Rumah bawah RM300 ribu paling banyak dilancar pada suku pertama
Harga kediaman baharu di bawah RM300 ribu catat peningkatan pada suku pertama 2024 apabila merekodkan jumlah paling banyak dilancarkan.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Syarikat gergasi EV dari China lancar model baharu di Mexico
Pengeluar kenderaan jenama BYD dari China berkata, syarikat itu tidak pernah mengintai peluang memperluaskan pasarannya ke Amerika Syarikat. Ia dibuktikan apabila syarikat itu melancarkan Shark, sebuah trak pikap elektrik hibrid bersaiz sederhana, di Mexico.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Penyiapan HSR Singapura-KL antara tugas Perdana Menteri baharu Lawrence Wong
Wong dijangka mengutamakan perjanjian dan inisiatif sedia ada serta melonjakkannya ke tahap lebih tinggi seperti pembangunan JS-SEZ.
Jemaah Menteri Malaysia rakam ucapan tahniah kepada Lawrence Wong
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, berkata ucapan itu antara intipati mesyuarat Kabinet dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, di Putrajaya pada Rabu.
Fahmi kecam tindakan Meta turunkan posting Anwar jumpa Hamas
Menterinya, Fahmi Fadzil berkata, dua media melaporkan perkara itu kepada kementeriannya, dengan Meta memberi alasan status itu berkaitan sebuah organisasi yang Meta anggap berbahaya.
[TERKINI] Konsortium umum tawaran bersyarat bagi MAHB
Gateway Development Alliance dan para pemegang sahamnya (secara bersama dikenali sebagai Konsortium) mengumumkan tawaran sukarela prasyarat bagi mengambil alih semua saham dalam Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) yang belum dimiliki konsortium itu, pada harga tawaran sebanyak RM11.00 bagi setiap saham.
Konsortium diterajui Khazanah, KWSP umum tawaran bersyarat bagi MAHB
Gateway Development Alliance dan para pemegang sahamnya (secara bersama dikenali sebagai konsortium) mengumumkan tawaran sukarela prasyarat bagi mengambil alih semua saham dalam MAHB.
Astro tawar 51 perlawanan UEFA EURO 2024 HD di SPOTV Stadia, SPOTV2
Semua pelanggan Astro Sports Pack akan mendapat akses percuma sehingga ke perlawanan akhir pertandingan tersebut
Niaga AWANI: Jepun penyumbang utama eksport kayu sarawak dengan nilai RM1.67 bilion pada 2023
Jepun kekal jadi penyumbang utama hasil industri perkayuan Sarawak dengan RM1.67 bilion pada tahun 2024 dan RM387 juta setakat sduku pertama 2024.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Jumlah jawatan suku pertama meningkat 1.5 peratus - DOSM
Jumlah jawatan pada suku tahun pertama 2024 (ST1 2024) meningkat sebanyak 1.5 peratus dari tahun ke tahun kepada 8.94 juta jawatan, iaitu rekod tertinggi sejak 2018.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Dua cedera, belon udara panas terhempas berhampiran lebuh raya
Sebuah belon udara panas terhempas berhampiran sebuah lebuh raya di Rochester, Minnesota pada Rabu.
Dua maut akibat belon udara panas terbakar
Kebakaran tercetus menyebabkan seorang wanita dan seorang lelaki melompat keluar dari belon udara itu bagi menyelamatkan diri.
Pengendali belon udara panas maut jatuh dari ketinggian 30 kaki
Seorang pengendali belon udara panas yang maut kerana jatuh terjatuh dari ketinggian kira-kira 30 kaki pada hari pertama dia bekerja di Youyi Manor, dekat bandar Zhuzhou, China.
Fiesta belon udara panas Putrajaya kembali lagi!
Sebanyak 20 rekaan belon udara panas yang berbeza dan unik seperti rekaan badut, robot, gajah dan lain-lain dipamerkan dalam fiesta ini.
1 maut, 14 cedera belon udara panas terhempas di Mesir
Ketika kejadian, belon itu membawa kira-kira 20 orang termasuk pelancong dari pelbagai negara.
Seorang maut, 20 cedera belon udara panas langgar kabel elektrik lalu terhempas
Belon udara panas di kawasan pelancongan Cappadocia itu hilang kawalan akibat dipukul angin kuat.