SEREMBAN: Dua suspek utama antara 21 individu ditahan disyaki terlibat dalam kejadian mencuri Equipment Card TM bernilai kira-kira RM50,000 di Bandar Springhill, Port Dickson minggu lepas.
Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata tangkapan itu turut melibatkan 15 warga asing dalam serbuan pertama oleh Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Port Dickson, pada 2.30 pagi, Ahad lepas.
Beliau berkata dua suspek utama diberkas dengan bantuan anggota Balai Polis Slim River, Perak semasa kedua-dua lelaki berkenaan dipercayai sedang mencuri Equipment Card TM pada Selasa lepas dan direman empat hari hingga hari ini di Ibu Pejabat Polis Daerah Mualim, Perak.
"Polis menerima laporan kecurian itu pada 12.10 tengah hari, 2 Dis (Sabtu lepas). Bertindak atas maklumat, sepasukan anggota yang membuat serbuan di sekitar kawasan Seksyen 36, Shah Alam, Selangor berjaya menahan 15 lelaki warga asing berusia 21 hingga 42 tahun," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut Ahmad Dzaffir, polis kemudian melakukan tangkapan susulan di tiga lokasi berasingan di Selangor dan menahan tiga lelaki serta seorang wanita berusia antara 38 hingga 53 tahun antara 1.30 tengah hari hingga 11.45 malam, Selasa lepas.
Beliau berkata kesemua warga tempatan itu direman hingga esok manakala 15 warga asing direman hingga 20 Dis ini bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan.
Lima kes kecurian Equipment Card TM di Negeri Sembilan dan satu kes di Perak, katanya berjaya diselesaikan dengan penahanan kesemua suspek.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 08 2023

Lima kes kecurian Equipment Card TM di Negeri Sembilan dan satu kes di Perak, katanya berjaya diselesaikan dengan penahanan kesemua suspek. - Gambar/ Bernama

Jumlah mangsa banjir di Sabah, Sarawak terus catat trend penurunan
Jumlah mangsa banjir di Sabah dan Sarawak terus menunjukkan trend penurunan, dengan 2,039 mangsa berada di pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 8 malam tadi berbanding 2,483 mangsa petang tadi.
Consider This: Parliamentary Reform (Part 1) — Reviving the Parliamentary Services Act
In 1992, the Malaysian government under Prime Minister Mahathir Mohamad, repealed the Parliamentary Services Act—placing Parliament services under the jurisdiction of the Prime Minister’s Department. Now, the current government has promised to table a new PSA in this parliamentary session, to restore Parliament’s independence. What does a truly independent and effective parliament look like—and why should it matter to you? On this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks with Thomas Fann, Founding Member of Projek SAMA, and former chairperson of BERSIH.
AWANI Tonight: Govt to revoke Ramadan bazaar licences if traders sell them
The government is cracking down on the illegal sale of Ramadan bazaar licences, warning that violators will face immediate revocation.
AWANI Tonight: Trump to announce 25% steel, aluminium tariffs
U.S. President Donald Trump will impose 25% tariffs on all steel and aluminium imports, while warning of retaliatory tariffs on countries that impose duties on American goods. Donald Trump, steel, aluminium, tariff
Consider This: Parliamentary Reform (Part 2) — Reviving the Parliamentary Services Act
In 1992, the Malaysian government under Prime Minister Mahathir Mohamad, repealed the Parliamentary Services Act—placing Parliament services under the jurisdiction of the Prime Minister’s Department. Now, the current government has promised to table a new PSA in this parliamentary session, to restore Parliament’s independence. What does a truly independent and effective parliament look like—and why should it matter to you? On this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks with Maha Balakrishnan is a Parliamentary and Institutional Development Specialist and Member of the All-Party Parliamentary Group on Integrity, Governance & Anti-Corruption.

KPDN Terengganu rampas lebih 30,000 liter diesel dipindah tanpa kebenaran
KPDN Terengganu merampas sebuah lori tangki dan lima tangki gelongsor yang memuatkan 32,760 liter diesel di sebuah stor di Kawasan Perindustrian Gong Badak, Kuala Nerus, semalam.

Filem 'Abang Adik' cipta sejarah, terima pengiktirafan ASEAN Records
Filem Abang Adik mencipta sejarah sebagai filem berbahasa Cina pertama menerima pengiktirafan ASEAN Records berikutan kejayaan meraih pelbagai anugerah antarabangsa.

Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan tarif Trump
Keuntungan Axiata, Tenaga Nasional dan Maybank membantu mengimbangi kerugian sebelum ini dalam indeks utama Bursa Malaysia.

Lelaki mengamuk ketika operasi di Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang didapati positif dadah
Lelaki yang ditahan kerana mengeluarkan kata-kata kesat ketika operasi bersepadu Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang malam tadi didapati berada di bawah pengaruh dadah.
AWANI Ringkas: Dua juta pengunjung dijangka banjiri Batu Caves
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Ditegur diminta alihkan barang disyaki punca lelaki lepaskan tembakan - Pengarah JSJ
Risikan awal mendapati ketika kejadian suspek dipercayai berada di bawah pengaruh dadah.

Pengurus rugi RM2.56 juta ditipu pelaburan kripto tidak wujud
Mangsa berusia 42 tahun mula menyertai pelaburan berkenaan sejak Julai tahun lepas setelah melihat iklan di Facebook.

Lepaskan lapan das tembakan di pusat beli-belah, lelaki warga tempatan sedang dijejaki polis
Penembak itu bertindak melarikan diri dari pusat beli-belah tersebut, dia dipercayai masih berada di kawasan berhampiran.

Siasatan kes tipu isteri pelawak selesai
Kertas siasatan berhubung kes penipuan berjumlah RM95,180 melibatkan isteri kepada seorang pelakon dan pelawak sudah diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR).

Cubaan curi dalam pesawat, lelaki warga asing ditahan
Polis menahan seorang lelaki warga asing berumur 52 tahun kerana disyaki terlibat dalam cubaan mencuri di dalam pesawat, semalam.

Pengarah syarikat rugi RM2.1 juta terperdaya penipuan pelaburan tidak wujud
Mangsa tertarik dengan tawaran platform berkenaan berhubung pelaburan matawang kripto yang dijumpai menerusi iklan di laman Facebook.

Mayat lelaki dijumpai dalam tangki simpanan air
Siasatan awal di tempat kejadian menemukan seorang lelaki dalam keadaan terlungkup tidak sedarkan diri di dalam tangki simpanan air.

Lambat keluar selepas beli nasi ayam punca suami tampar isteri
Gara-gara lambat keluar dari pusat beli-belah selepas membeli nasi ayam menjadi punca seorang wanita ditampar suaminya dalam kejadian di Kota Warisan baru-baru ini.

Polis pukul pemilik kolam selepas ditegur jangan memancing
Satu laporan polis telah di buat di balai polis Takalar. Polis kini sedang menyiasat berhubung insiden tersebut.

Polis giat buru tiga suspek kes langgar lari di Jalan Klang Lama
Orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian itu diminta supaya tampil menghubungi pihak polis.