JOHOR BAHRU: Polis Johor menerima lima laporan polis daripada lima warga Korea yang menjadi mangsa satu sindiket penjualan tiket penerbangan ke negara itu, sejak awal tahun ini.
Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, lima laporan polis itu dibuat di seluruh negeri ini membabitkan kerugian RM59,125.
Sehubungan itu, beliau berkata, seorang wanita warga Korea dan seorang warga tempatan dipercayai terlibat dalam kegiatan itu telah ditahan bagi membantu siasatan.
"Kita masih dalam siasatan (operasi sindiket Korea) bukan di Johor sahaja di seluruh Malaysia... di Sabah dan Kuala Lumpur juga ada, tapi yang kita dapat ambil tindakan di sini (Johor) berdasarkan laporan polis tersebut," kata Kamarul Zaman.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Jamuan Hari Raya Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Johor di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor di sini, pada Selasa.
Jelas Kamarul Zaman, hasil siasatan mendapati mangsa terbabit membuat pembelian tiket penerbangan untuk pulang ke Korea dalam tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP).
Bagaimanapun, menyedari mereka telah ditipu oleh suspek yang dipercayai membuka akaun bank agensi pelancongan yang palsu.
Katanya, sindiket yang didalangi warga Korea dan Malaysia itu menyasarkan warga negara terbabit yang berada di negara ini ketika tempoh PKP dan ingin pulang ke negara asal mereka.
Astro Awani
Tue May 24 2022

Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, lima laporan polis itu dibuat di seluruh negeri Johor membabitkan kerugian RM59,125. - Gambar fail BERNAMA

Banjir Baling: Warga emas berpaut pada pokok elak dibawa arus deras
Sebaik melihat air naik dengan cepat memasuki rumah mereka, dia dan suami memanjat sebatang pokok rambutan berhampiran.

51 NGO desak kerajaan China hentikan penindasan terhadap etnik Uyghur
Setakat ini, dianggarkan 12 juta etnik Uyghur yang kebanyakannya Muslim tinggal di Wilayah Xinjiang.

PJD Link dapat kelulusan prinsip Jemaah Menteri, kelulusan dasar kerajaan Selangor - KKR
Cadangan projek berkenaan juga mendapat kelulusan dasar kerajaan Selangor pada 3 Sept 2020.

Banjir | Mayat wanita hamil dan ibu mentua ditemukan berpelukan
Mayat wanita hamil yang disahkan hilang susulan kejadian banjir dan kepala air di Kampung Iboi, Kupang, semalam, ditemukan dalam keadaan berpelukan dengan ibu mentuanya yang menghidap penyakit strok. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Sayani Saadon memaklumkan mayat Nurul Anis Abu Hassan, 23 tahun dan Salmah Mat Akib, 53 tahun, ditemukan kira-kira jam 9.30 pagi tadi.

APR-35 | Masyarakat antarabangsa perlu amal semangat ‘Keluarga Dunia’
Komuniti antarabangsa perlu melipatgandakan persediaan berdepan dengan ketidaktentuan serta bekerjasama ke arah masa hadapan yang lebih aman, progresif, inklusif dan makmur, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata ekonomi dan politik dunia kini berdepan dengan situasi pascapandemik yang kompleks, selain terdapatnya persaingan yang semakin sengit antara kuasa-kuasa besar dunia.

Jenayah | Suspek bunuh isteri, bayi direman 7 hari
Lelaki yang melarikan diri dalam keadaan bogel selepas membunuh dengan mengelar leher isteri dan bayi lelakinya di Kampung Bakar Batu, Johor Bahru, semalam, direman tujuh hari bermula hari ini. Perintah reman itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Johor Bahru, Nur Izzaty Muhammad Zahari, selepas permohonan dikemukakan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Lubnan rancang hantar pulang 15,000 pelarian sebulan ke Syria
Keengganan pelarian Syria pulang ke negara mereka selepas perang berakhir tidak boleh diterima.

Bersedia hadapi kesesakan lebuh raya di LPT2 untuk Aidiladha
Lebih 55,000 kenderaan dijangka menggunakan laluan LPT2 pada setiap hari puncak dalam tempoh berkenaan berbanding 18,000 kenderaan pada hari-hari biasa.

Banjir Baling: Mayat wanita hamil, ibu mertua ditemukan berpelukan
Mayat Nurul Anis Abu Hassan dan ibu mertuanya, Salmah Mat Akib, ditemui kira-kira pukul 9.30 pagi ini.

AWANI Ringkas: Mayat mangsa banjir di Kedah ditemukan

Ketua sindiket, suami isteri ditahan edar ganja
Sebanyak 13.5 kilogram dadah ganja bernilai RM33,813 dirampas polis Pulau Pinang daripada suspek.

RM56.9 juta kerugian dalam talian dicatatkan setakat ini - Arjunaidi
Sebanyak 1,354 kes dicatat dalam enam bulan pertama 2022 menyumbang kepada 75 peratus daripada keseluruhan kes komersial di Selangor.

Saki-baki Geng Tiger dicekup
Suspek ditahan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Berat (D9) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur sekitar jam 9.30 malam.

Dadah: 599 pusat hiburan di ibu kota diserbu sejak 2009
Sebanyak 599 pusat hiburan di ibu kota diserbu sejak 2019 hingga kini dalam usaha membanteras aktiviti penggunaan dan pengedaran dadah di premis terbabit.

Dua beradik ditahan cuba sogok polis RM25,000
Kedua-dua lelaki berusia lingkungan 40-an itu ditahan di premis perniagaan mereka di Kuala Lumpur dalam operasi yang dijalankan PDRM dan SPRM, kira-kira 10 pagi.

Polis Pulau Pinang tumpaskan sindiket beli-belah dalam talian, sasar mangsa warga Taiwan
Sindiket itu dipercayai menjadikan sebuah banglo di Batu Feringghi sebagai pusat operasi menjalankan aktiviti haram tersebut.

Polis Perlis patahkan sindiket penipuan pendaftaran kad prabayar tidak sah
Suspek menggunakan data peribadi warga tempatan dan asing yang dibekalkan sindiket lain bagi mengaktifkan kad prabayar berkenaan.

KPDNHEP patah cubaan seleweng 400 liter diesel bersubsidi
KPDNHEP Pulau Pinang berjaya mematahkan cubaan menyeleweng 400 liter minyak bersubsidi dalam serbuan di Taman Permai Jaya, Bukit Mertajam pada Rabu.

Jenayah komersial di N.Sembilan meningkat 6.87 peratus
Kes jenayah komersial di Negeri Sembilan meningkat 6.87 peratus dengan 839 kes direkodkan sejak Januari hingga Mei tahun ini berbanding 785 kes bagi tempoh sama tahun lepas.

Sindiket penipuan 'kreatif' perdayakan masyarakat - Acryl Sani
Orang ramai diminta sentiasa membuat semakan terlebih dahulu sebelum membuat sebarang urusan perbankan secara dalam talian.