awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
Inkues Zara Qairina: Guru agama kongsi pertemuan terakhir dengan arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua ejen insurans maut, kereta dinaiki rempuh lori tangki

Shuhada Abdul Kadir
Shuhada Abdul Kadir
12/01/2023
06:46 MYT
Dua ejen insurans maut, kereta dinaiki rempuh lori tangki
Kedua-dua mangsa disahkan maut di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan parah. - Foto PDRM
JASIN: Dua ejen insurans maut apabila kereta dinaiki mereka merempuh sebuah lori tangki dalam kejadian di Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ), berhampiran Serkam, di sini awal pagi tadi. 
 Dalam kejadian kira-kira pukul 5 pagi itu, kedua-dua mangsa Badrul Shyam Noor Ibrahim, 31, dan Ezham Hazim Ahyat, 33, disahkan maut di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan parah. 
 Pemangku Ketua Polis Daerah Jasin, Asisten Superintendan Mohd Fadzli Othman berkata siasatan awal mendapati kedua-dua mangsa yang beralamat di Johor Bahru itu dalam perjalanan dari arah Melaka menghala ke Muar. 

“Kedua-dua mangsa yang menaiki kereta jenis Toyota Vios ini sedang menghala ke arah Muar manalaka lori tangki yang turut terlibat dalam kemalangan ini pula dari arah Serkam menghala ke Jasin. 
 “Apabila lampu isyarat sudah bertukar hijau, lori tangki yang dipandu lelaki berusia 42 tahun meneruskan perjalanan seperti biasa sebelum kereta dinaiki mangsa secara tiba-tiba melanggar bahagian sisi lori tersebut dan terbalik di tengah jalan,” katanya dalam kenyataan di sini. 
 Ujarnya, pemandu lori berkenaan bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan, manakala mayat kedua-dua mangsa terlibat dihantar ke Hospital Jasin untuk proses bedah siasat. 
 “Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,”tambahnya.
Topic Berkaitan
#ejen insurans maut
#Jasin
#rempuh lori tangki
#kecderaan parah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan