awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TikTok kenakan caj RM0.50 bagi setiap jualan berjaya mulai 15 Februari 2026
iPhone boleh katup? Apple dilapor uji rekaan mirip Galaxy Z Flip
Pengarah drama Manjalara, Haris Kadir meninggal dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua individu berparang tetak pelayan restoran ditahan

Bernama
Bernama
19/01/2023
06:39 MYT
Dua individu berparang tetak pelayan restoran ditahan
Dalam kejadian berkenaan, lelaki yang bekerja sebagai pelayan restoran berusia 46 tahun itu mengalami kecederaan patah tulang jari telunjuk kiri dan luka di lutut kaki kanan akibat ditetak dua suspek berkenaan.- Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Dua lelaki tempatan berusia 44 dan 47 tahun ditahan awal pagi semalam kerana menetak sorang pelayan restoran pada pagi Selasa lepas.
Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Mohd Zaid Hassan berkata kejadian berlaku pada 9.25 pagi di sebuah restoran di Taman Segar Perdana, Cheras, di sini.
Beliau berkata dalam kejadian berkenaan, lelaki yang bekerja sebagai pelayan restoran berusia 46 tahun itu mengalami kecederaan patah tulang jari telunjuk kiri dan luka di lutut kaki kanan akibat ditetak dua suspek berkenaan.
"Hasil siasatan mendapati punca kejadian berlaku adalah disebabkan seorang daripada penyerang itu tidak berpuas hati dengan mangsa yang telah menegurnya kerana membuat bising apabila minuman yang dipesan lewat dihantar.
"Suspek telah dihalau keluar dari restoran dan kemudian datang semula bersama seorang lagi rakan dengan membawa senjata parang menyerang mangsa," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Mohd Zaid berkata kedua-dua lelaki itu diberkas pada 3 pagi semalam di Taman Cheras Permata, Kajang dan turut dirampas dua bilah parang dan pakaian yang digunakan mereka semasa kejadian, ujian air kencing turut mendapati seorang suspek positif dadah.
Katanya kedua-dua lelaki itu direman selama lima hari sehingga 22 Jan ini bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan cedera parah menggunakan senjata," katanya.
Terdahulu tular rakaman kamera litar tertutup berdurasi selama 1 minit 20 saat menunjukkan dua individu bersenjatakan parang menyerang seorang pelayan restoran ketika pelanggan sedang makan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pelayan restoran alami kecederaan
#Seksyen 326 Kanun Keseksaan
#rakaman kamera litar tertutup
#dua individu bersenjatakan parang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan