MALAYSIA
Dua individu dilaporkan maut kereta terbakar di Jalan Pekan Darat
https://www.sinarharian.com.my/article/750844/berita/semasa/dua-individu-dilaporkan-maut-kereta-terbakar-di-jalan-pekan-darat. - Sinar Harian
BUTTERWORTH: Dua individu dilaporkan maut selepas terperangkap dalam sebuah kereta yang terbakar dalam kemalangan di Jalan Pekan Darat menghala ke Sungai Lokan di sini, dalam kejadian pada pagi Sabtu.
Ringkasan AI
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, Mohamad Shoki Hamzah berkata, kemalangan membabitkan sebuah kereta, namun identiti kedua-dua mangsa masih belum dikenal pasti.
“Terdapat dua mangsa yang rentung dalam kejadian itu.
“Operasi membawa keluar mangsa sedang dijalankan ketika ini,” katanya ketika dihubungi di sini pada Sabtu.
Terdahulu, tular satu rakaman video di laman Facebook yang memaparkan kejadian sebuah kereta terbakar di bahu jalan.
Menerusi keterangan video yang dimuat naik, dinyatakan bahawa kemalangan maut itu membabitkan tiga orang mangsa dalam kereta terbabit.
Bagaimanapun, setakat ini tiada maklumat lanjut diterima mengenai status mangsa yang terlibat.
Pusat Gerakan Operasi JBPM dijangka akan mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai kemalangan itu dalam masa terdekat. -- Sinar Harian
Ringkasan AI
- Dua individu maut selepas terperangkap dalam kereta yang terbakar dalam kemalangan di Jalan Pekan Darat menuju ke Sungai Lokan, pagi Sabtu.
- Identiti mangsa belum dikenal pasti, dan operasi mengeluarkan mangsa sedang dijalankan oleh JBPM Pulau Pinang.
- Video kejadian tular di media sosial, namun maklumat rasmi penuh akan dikeluarkan oleh Pusat Gerakan Operasi JBPM dalam masa terdekat.