KAJANG: Dua individu maut setelah kereta dinaiki dirempuh sebuah lori dipercayai mengalami masalah brek berdekatan persimpangan lampu isyarat Medan Masria di susur keluar Lebuhraya Grand Saga semalam.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 4.45 petang melibatkan kereta dinaiki kedua-dua mangsa serta tiga kenderaan lain di lokasi kejadian.
"Ketika kejadian lori berkenaan dalam perjalanan dari arah Lebuhraya Sungai Besi Ulu Kelang (SUKE) menghala ke Plaza Tol Batu 9, Kajang.
"Lori yang dipandu seorang lelaki tempatan itu kemudiannya dipercayai mengalami masalah brek dan melanggar empat buah kenderaan sebelum terbabas ke lereng bukit berdekatan," katanya menerusi kenyataan semalam.
Katanya, mangsa yang maut melibatkan penumpang dan pemandu salah sebuah kenderaan yang dirempuh lori terbabit.
"Dua mangsa yang maut masing-masing merupakan seorang lelaki dan wanita warga tempatan berumur 50 dan 60 tahun.
"Mangsa lelaki disahkan maut di tempat kejadian manakala mangsa wanita meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital," katanya.
Menurutnya, tiga lagi pemandu kenderaan lain yang terlibat tidak mengalami sebarang kecederaan.
"Bagaimanapun pemandu lori berkenaan disahkan mengalami cedera ringan.
"Pemandu lori berumur 40 tahun itu kemudiannya ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.
Mohd Zaid berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil bagi membantu siasatan.
"Info berkaitan kejadian boleh disalurkan dengan menghubungi balai polis berdekatan atau Pegawai Penyiasat Inspektor Narolhisyam Endi di talian 019-5897115 bagi membantu siasatan," katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Feb 08 2024
Lori terlibat dipercayai mengalami masalah brek sebelum merempuh empat kenderaan berdekatan persimpangan lampu isyarat Medan Masria di susur keluar Lebuhraya Grand Saga pada Rabu. - Foto Sinar Harian
Pesawah dituduh buat kenyataan menghasut di WhatsApp
Seorang pesawah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap tuduhan membuat kenyataan menghasut di menerusi aplikasi WhatsApp pada Selasa.
9 tentera terbunuh nahas helikopter di Colombia
Helikopter itu terputus hubungan dengan pangkalan pada tengah hari dan kemudian didapati terhempas berhampiran daerah Santa Rosa.
Venue Piala Thomas, Uber di Chengdu dilanda 'demam' panda
Yang paling mencuri perhatian ialah magnet peti sejuk yang menampilkan Yu Rong Rong bermain badminton.
Houthi Yaman serang dua kapal pemusnah AS
Houthi berjaya menyasarkan serangan terhadap dua kapal pemusnah AS dan kapal CYCLADES di Laut Merah serta MSC Orion di Lautan Hindi pada awal Selasa.
Ringgit rendah berbanding dolar AS pada awal dagangan
Pada 9 pagi, ringgit merosot kepada 4.7665/7710 berbanding mata wang Amerika Syarikat (AS) daripada 4.7650/7700 semalam.
Bakal jemaah haji OKU syukur dipilih jadi tetamu Allah
Abdul Samad MM Abdul Aziz, 53, yang merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) Penglihatan bersyukur dan teruja apabila dipilih seorang daripada 31,600 jemaah haji dari Malaysia tahun ini.
Pendakwa raya ICC temu bual kakitangan hospital di Gaza
Pendakwa raya dari Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) telah menemu bual kakitangan dari dua hospital terbesar di Gaza.
Israel bimbang ICC keluar waran tangkap berkait perang Gaza
Israel menyuarakan kebimbangan bahawa Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) bersiap sedia untuk mengeluarkan waran tangkap bagi pegawainya atas tuduhan berkaitan dengan pengendalian perang terhadap Hamas.
Liputan Haji: Bakal fokus kepada cabaran dan kebajikan jemaah wanita
Bagi petugas media mewakili Astro AWANI, untuk tahun ini, musim 1445 hijrah, yang terpilih ialah Editor dan Penerbit Astro AWANI, Dr Azlinariah Abdullah dan Azlinda Salim bersama 12 yang lain daripada agensi media.
Che'gubard mengaku tidak bersalah pertuduhan Akta Hasutan 1948
Dia didakwa membuat penerbitan menghasut di akaun Facebook atas nama Che'GuBard di Mutiara Villa, Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada jam 6.30 petang 26 April lalu.
Dua individu maut dirempuh lori
Kejadian berlaku kira-kira jam 4.45 petang melibatkan kereta dinaiki kedua-dua mangsa serta tiga kenderaan lain di lokasi kejadian.