KUALA LUMPUR: Banjir genang atau termenung yang berlaku di Bukit Changgang, Banting, Selangor dapat diatasi dengan menggunakan inovasi terusan dan evaporator atau penyejat.
Ketua Setiausaha Kementerian Alam Sekitar dan Air Datuk Seri Ir Dr Zaini Ujang berkata dua inovasi itu adalah kaedah terbaharu daripada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM).
"Banjir genang di Bukit Changgang disebabkan aliran air dari sungai tidak boleh dikeluarkan ke laut yang menyebabkan ia bergenang di situ dan akhirnya melimpah ke kawasan perumahan.
"Bagaimanapun, alhamdulillah, selepas enam hari banjir genang akhirnya dapat diselesaikan dengan kaedah inovatif tersebut," katanya dalam program Ruang Bicara terbitan Bernama TV dengan tajuk 'Musibah Banjir: Ikhtiar Mengurang Risiko?' di sini malam tadi.
Zaini berkata inovasi terusan bertujuan untuk mengalirkan air banjir genang ke kawasan yang boleh menakung sebelum disalurkan ke sungai berdekatan apabila air surut.
"Ia boleh dibina di kawasan lapang atau menggunakan parit sedia ada yang diperbesarkan saiz dan kedalamannya. Pam air berkapasiti besar diperlukan untuk menyedut air banjir genang ke terusan tersebut," katanya.
Menurutnya, inovasi evaporator pula bertujuan untuk mengubah banjir genang daripada fasa air kepada fasa wap yang memerlukan pam bagi menghasilkan tekanan tinggi melalui penggunaan nozel atau muncung berongga bagi menghasilkan cecair membentuk wap air.
"Kebaikan evaporator ialah mengurangkan isipadu air banjir genang bagaimanapun kelemahannya ialah perlahan dari segi mengeringkan banjir genang berbanding kaedah terusan," katanya.
Penggunaan dua inovasi itu menyebabkan banjir genang di Bukit Changgang telah surut hampir sepenuhnya yang sebelum ini menjejaskan 149 keluarga di kawasan itu.
Sehingga 6 petang tadi, katanya, sebanyak 68 keluarga telah kembali ke rumah masing-masing manakala selebihnya dalam proses membersihkan rumah.
Zaini berkata penggunaan inovasi evaporator juga pernah digunakan ketika mengatasi banjir kilat di Batu Pahat, Johor pada Ogos lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 25 2021
Banjir genang di Bukit Changgang disebabkan aliran air dari sungai tidak boleh dikeluarkan ke laut yang menyebabkan ia bergenang di situ dan akhirnya melimpah ke kawasan perumahan. - Foto fail/Astro AWANI
“Sifat materialistik mengundang malapetaka dalam masyarakat” - Dr Maza
Nilai kemanusiaan tidak lagi mendominasi kehidupan kerana segala-galanya diukur berdasarkan keuntungan semata-mata.
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
AWANI Ringkas: Kes bayi dibeku di hospital di Klang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Taylor’s College raih keunggulan pendidikan dengan Anugerah Platinum ACCA
Pencapaian status Platinum ini selaras dengan aspirasi negara untuk melahirkan 60,000 akauntan bertauliah menjelang 2030.
#AWANIRingkas 14 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 14 Disember 2024
1️⃣ Banjir: Arahan KPKT kepada PBT
2️⃣ Jualan kenderaan baharu Malaysia
3️⃣ Kes bayi dibeku di hospital di Klang
#awaniringkas
1️⃣ Banjir: Arahan KPKT kepada PBT
2️⃣ Jualan kenderaan baharu Malaysia
3️⃣ Kes bayi dibeku di hospital di Klang
#awaniringkas
Kes bayi beku: “Jangan simpan jenazah terlalu lama jika tiada alasan munasabah” - Dr Maza
Islam tidak hanya menitikberatkan hak terhadap mereka yang masih hidup, tetapi juga memastikan hak jenazah dipelihara, kata Mufti Perlis.
Pindaan Perlembagaan PKR bakal libatkan jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik - Fuziah
Kongres Khas PKR pada Ahad (15 Dis) antara lain akan meminda Perlembagaan parti yang menyentuh jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik.
AWANI Pagi: PULIH | Inovasi Tempatan Mengesan Sakit Belakang
Ikuti diskusi Awani Pagi 8.30 Sabtu, bersama dua tetamu dari Universiti Malaya, berhubung inovasi mengesan sakit belakang dengan lebih objektif berbanding kaedah tradisional hingga mendapat pengiktirafan daripada Medical Device Authority Malaysia.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Persatuan Bola Sepak Indonesia terima dana RM77 juta dari Presiden Prabowo
Komitmen Presiden Prabowo terhadap kemajuan sepak bola Indonesia benar-benar luar biasa, kata Ketua Umum PSSI.
Dua inovasi atasi banjir genang di Bukit Changgang
Banjir genang atau termenung yang berlaku di Bukit Changgang dapat diatasi dengan menggunakan inovasi terusan dan penyejat.