awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
UNMISS: 13 Pegawai PDRM selamat tiba di tanah air dari Sudan Selatan
Kanak-kanak 10 tahun maut dalam kemalangan di Kuala Krai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua kakitangan KKM cedera, pacuan empat roda terbabas di lebuh raya

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
13/05/2024
03:30 MYT
Dua kakitangan KKM cedera, pacuan empat roda terbabas di lebuh raya
Kemalangan berlaku kira-kira satu kilometer daripada lokasi sebuah bas terbabas menyebabkan 41 penumpang dan pemandu cedera, semalam. - Foto JBPM Perak
IPOH: Dua kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) cedera, selepas kenderaan pacuan empat roda yang mereka naiki terbabas ke dalam longkang di Kilometer 263.4 Lebuhraya Utara-Selatan, arah selatan, dekat sini, pagi ini.
Kemalangan berlaku kira-kira satu kilometer daripada lokasi sebuah bas terbabas menyebabkan 41 penumpang dan pemandu cedera, semalam.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada jam 8.24 pagi.
“Setibanya di lokasi kejadian didapati kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Mitsubishi Pajero Kementerian Kesihatan Malaysia terbabas di bahu jalan, melibatkan dua mangsa lelaki dewasa, kedua-duanya cedera di bahagian muka.
“Komander operasi mengarahkan anggota memberi rawatan awal kepada mangsa dan seterusnya menghantar mangsa ke hospital terdekat menaiki jentera EMRS,” katanya dalam kenyataan di sini.
Menurutnya, kedua-dua mangsa ialah pemandu, Mohd Afendi Mohd Bakri, 49, dan penumpang, Mohd Noh Zulkifli, 43.
Operasi yang diketuai Pegawai Bomba Kanan II (KUP) Muhamad Khairul Anuar Abd Wahid tamat jam 9.03 pagi.
Dalam kejadian kira-kira jam 7.25 pagi semalam, seramai 41 orang penumpang termasuk pemandu cedera setelah bas persiaran yang dinaiki mereka terbabas lalu terbalik di Kilometer 264.5 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan.
Sabarodzi berkata, bas tersebut terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta.
Topic Berkaitan
#Nahas
#pacuan empat roda
#terbabas
#KKM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan