awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tahan lelaki curi barang kemas bernilai lebih RM150,000 di pusat beli-belah
Kluster tibi: KPM patuh saranan KKM, keadaan terkawal setakat ini - Fadhlina
Israel bedil beberapa kawasan di Gaza meskipun gencatan senjata berkuat kuasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bas terbalik di lebuh raya PLUS, 41 penumpang terselamat

Aida Aziz
Aida Aziz
12/05/2024
01:15 MYT
Bas terbalik di lebuh raya PLUS, 41 penumpang terselamat
Seramai 41 orang penumpang termasuk pemandu terselamat setelah bas persiaran yang dinaiki mereka terbabas lalu terbalik di kilometer (km) 264.5 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS), arah selatan, hari ini.
IPOH: Seramai 41 orang penumpang termasuk pemandu terselamat setelah bas persiaran yang dinaiki mereka terbabas lalu terbalik di kilometer (km) 264.5 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS), arah selatan, hari ini.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, bas tersebut terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta.
Bagaimanapun, jelas Sabarodzi, semua mangsa selamat.
Difahamkan kesemua mereka dari bas tersebut dalam perjalanan dari Kupang, Kedah ke Ipoh bagi menghadiri majlis keagamaan.
"Pihak bomba menerima panggilan pada jam 7.28 pagi tadi dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Meru Raya dan Kuala Kangsar dikejarkan ke lokasi.
"Setibanya di lokasi mendapati kemalangan melibatkan sebuah bas persiaran dan sebuah kereta sedan.
"Terdapat 42 orang mangsa kesemuanya, 41 dari bas dan seorang dari kereta, semuanya telah keluar dengan selamat," katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan, pada Ahad.
Menurut beliau, kesemua mangsa kemudiannya dibawa ke hospital di Ipoh dengan menggunakan dua unit EMRS dan bantuan ambulans pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Operasi yang diketuai PBK II Muhamad Kharul Anuar Abd Wahid itu membabitkan seramai tujuh orang anggota.
Topic Berkaitan
#Lebuh Raya PLUS
#kemalangan
#bas terbalik
#41 penumpang selamat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan