awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Gagau belut, ikan haruan hidupkan semula aktiviti tradisional masyarakat desa
Anggota tentera cedera dalam letupan bom di Yala
2,500 pertubuhan belia disasar mohon Geran SejaTi MADANI
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua kampung di Kota Belud dilaksana PKPD bermula Jumaat - Masidi

Syah Hairizal Kamalul Arifin
Syah Hairizal Kamalul Arifin
18/11/2020
12:17 MYT
Dua kampung di Kota Belud dilaksana PKPD bermula Jumaat - Masidi
Kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di dua kawasan di Kota Belud bermula Jumaat ini. - Gambar Bernama
KOTA KINABALU:Kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di dua kawasan di Kota Belud bermula Jumaat ini.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Masidi Manjun berkata dua kawasan itu adalah Kampung Nahaba dan Kampung Tegudon melibatkan 1,740 penduduk.
Tegasnya, keputusan itu dibuat Majlis Keselamatan Negara (MKN) pada Rabu selepas mendengar pembentangan daripada MKN Sabah mengenai peningkatan kes positif COVID-19 di dua kampung tersebut.
"Sehingga 17 November 2020, sebanyak 36 kes positif COVID-19 direkodkan di kedua-dua lokaliti.
"Atas nasihat dan penilaian risiko yang dilaksanakan KKM, sidang khas MKN hari ini bersetuju untuk melaksanakan PKPD di Kampung Nahaba dan Kampung Tegudon, Kota Belud, bermula 20 November 2020 sehingga 3 Disember 2020,” katanya menerusi sidang media secara maya pada Rabu.
Tambah Masidi, Prosedur operasi standard SOP di kawasan PKPD adalah sama seperti yang diumumkan di kawasan-kawasan PKPD lain sebelum ini.
"SOP PKPD di Sabah adalah sama seperti yang diumumkan sebelum ini seperti kedai runcit di kawasan PKPD dibenarkan beroperasi dari jam 6.00 pagi sehingga 6.00 petang dan seorang wakil dari setiap rumah turut dibenarkan keluar dari kawasan PKPD dengan kebenaran PDRM khusus untuk mengeluarkan wang,” katanya.
Pada Rabu kes baharu positif baharu COVID-19 di Sabah adalah sebanyak 387 kes dengan dua kes kematian dicatatkan di daerah Sandakan.
Tambah Masidi terdapat tiga kluster baharu direkodkan iaitu Kluster Sabaru di Lahad Datu mencatatkan sebanyak 70 kes, Kluster Garden di Tawau dengan tiga kes dan Kluster Tomher di Ranau sebanyak 12 kes.
"Daripada 387 kes positif hari ini, sebanyak 205 kes atau 52.97 peratus adalah berpunca dari Kluster Pusat Tahanan Sementara (PTS) Tawau sebanyak 135 kes dan dari kluster terbaharu iaitu Kluster Sabaru sebanyak 70 kes di Lahad Datu,” katanya.
Topic Berkaitan
#Dua kampung PKPD
#Kota Belud
#Kampung Nahaba
#Kampung Tegudon
#MKN Sabah
#Datuk Seri Masidi Manjun
#PKPD Kota Belud
#COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan