Skip to main content

Malaysia

Dua kanak-kanak antara mangsa dalam kejadian bunuh di Kuantan

KUANTAN, 17 Feb -- Lima sekeluarga ditemukan maut dipercayai akibat dibunuh di sebuah rumah di Lorong Cherating Damai, Kuantan pagi ini.  Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Ashari Abu Samah mengesahkan kejadian yang dipercayai berlaku awal 7 pagi tadi.  Tinjauan Bernama di lokasi kejadian mendapati pasukan forensik sedang menjalankan siasatan dan setakat 10.10 pagi mayat kesemua mangsa belum dibawa keluar dari rumah terbabit.  Orang ramai termasuk ahli keluarga turut dilihat berkumpul di lokasi kejadian dengan
Pemeriksaan di lokasi kejadian mendapati mayat pasangan suami isteri masing-masing berusia 32 dan 28 tahun bersama dengan anak mereka ditemukan di dalam bilik, manakala mayat nenek kanak-kanak itu yang berusia 55 tahun dijumpai di ruang dapur. - Gambar Bernama

KUANTAN: Dua kanak-kanak perempuan antara lima individu yang terlibat dalam kejadian bunuh di sebuah rumah di Lorong Cerating Damai, di sini, hari ini.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, insiden kira-kira pukul 7 pagi tadi membabitkan kanak-kanak perempuan berusia 3 dan 4 tahun selain ibu bapa serta nenek mereka.

Advertisement

Beliau berkata, pemeriksaan di lokasi kejadian mendapati mayat pasangan suami isteri masing-masing berusia 32 dan 28 tahun bersama dengan anak mereka ditemukan di dalam bilik, manakala mayat nenek kanak-kanak itu yang berusia 55 tahun dijumpai di ruang dapur.

Yahaya berkata, lelaki berusia 32 tahun itu dipercayai mencederakan isteri, ibu dan dua anaknya menggunakan senjata tajam disyaki pisau sebelum bertindak mencederakan diri sendiri. 

“Terdapat mangsa yang mempunyai kesan kelar dan kejadian itu disedari oleh adik lelaki suspek berusia 15 tahun yang berada di rumah itu ketika kejadian sebelum bertindak meminta bantuan.

“Siasatan awal turut mendapati lelaki itu baru sebulan berpindah menetap di rumah keluarganya selepas berhenti kerja di Selangor dan baru seminggu memulakan kerja di Kuantan,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian, di sini, hari ini.

Yahaya berkata, siasatan lanjut dan motif kejadian masih dalam siasatan. 

Setakat 11.35 pagi, pasukan forensik masih berada di lokasi kejadian dan mayat mangsa belum dibawa keluar dari rumah teres setingkat terbabit. 

-- BERNAMA

DUA KANAK-KANAK ANTARA MANGSA DALAM KEJADIAN BUNUH DI KUANTAN

 

 

Must Watch Video