awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
Rakyat Malaysia hadapi kesukaran berpindah dinasihat hubungi kedutaan di Phnom Penh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua kanak-kanak hilang, dikhuatiri lemas di Batang Mukah

Bernama
Bernama
18/03/2025
14:08 MYT
Dua kanak-kanak hilang, dikhuatiri lemas di Batang Mukah
Ibu mangsa cuba menyelamatkan kedua-dua anaknya tetapi usaha itu tidak berjaya, kerana mereka tenggelam dengan cepat akibat arus deras. - Gambar hiasan
MUKAH: Dua kanak-kanak dilaporkan hilang dan dikhuatiri lemas ketika mandi di Batang Mukah berhampiran Jalan Kampung Bedanga, kira-kira jam 3.50 petang tadi.
Mangsa Dexper Kiu Kuang Wei, 10, dan adik perempuannya Susie Kiu, 7, dikatakan tiba-tiba tenggelam dan hilang dibawa arus.
Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sarawak, mereka menerima laporan berkenaan pada 4.23 petang, sebelum menggerakkan pasukan penyelamat daripada Balai Bomba dan Penyelamat Mukah ke lokasi kejadian.
"Pasukan tiba di lokasi pada jam 4.33 petang dan operasi pencarian segera dilakukan menggunakan kaedah pencarian atas permukaan air serta grapping iron. Bagaimanapun, operasi ditangguhkan pada jam 6.35 petang selepas mangsa gagal ditemui," kata jurucakap pusat tersebut dalam satu kenyataan.
Menurut jurucakap itu, ibu mangsa cuba menyelamatkan kedua-dua anaknya tetapi usaha itu tidak berjaya, kerana mereka tenggelam dengan cepat akibat arus deras.
Operasi mencari dan menyelamat akan disambung semula pada pagi esok.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#lemas
#kanak-kanak hilang
#batang mukah
#SAR
#Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan