awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua alami kegagalan jantung selepas helikopter terhempas di Gapyeong
PuTERA35: Agenda ekonomi MADANI perlu holistik, perkukuh kelas menengah Bumiputera
Duta Norway ke Jordan letak jawatan susulan hubungan dengan Epstein

Vietnam mulakan pembinaan stadium terbesar dunia

Amanz
Amanz
09/02/2026
03:00 MYT
Vietnam mulakan pembinaan stadium terbesar dunia
Stadium Trong Dong mengambil inspirasi daripada gong tamadun Dong Son. - Foto Amanz
MINGGU lalu Amanz laporkan roller coaster terpanjang, tertinggi dan terpantas dunia dibuka di Arab Saudi.
Minggu ini kita pindahkan perhatian lebih hampir ke Asia Tenggara kerana Vietnam sudah memulakan pembinaan stadium bola sepak terbesar dunia.
Stadium Trong Dong dibina di Hanoi dengan kapasiti 135,000 tempat duduk.
Apabila siap kelak ia memintas Stadium Rungrado 1st of May di Pyongyang, Korea Utara yang mempunyai 114,000 tempat duduk.
Sebagai perbandingan, Stadium Bukit Jalil yang terbesar di Malaysia hanya mempunyai 87,500 tempat duduk untuk perlawanan bola sepak.
Stadium Trong Dong mengambil inspirasi daripada gong tamadun Dong Son yang pasti anda ingat dalam mata pelajaran sejarah PMR suatu ketika dahulu.
Ia akan mempunyai padang yang boleh dialih keluar untuk tumbuh lebih baik dan bakal mempunyai bumbung boleh dibuka terbesar di dunia.
Luas keseluruhan projek ini ialah sekitar 91 juta km persegi dengan pembinaan akan menelan belanja VND 925 trilion (~RM 140 billion).
Stadium dijangka siap menjelang 2028 dengan kawasan sekeliling pula menjelang 2035 dengan projek dilaksanakan oleh Vingroup.
Sumber:Vietnam.vn
Topic Berkaitan
#Stadium Trong Dong
#Vietnam
#Gong
#stadium terbesar dunia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.