awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki rancang bunuh Trump dihukum penjara seumur hidup
Kelayakan Piala Dunia: FIFA jatuhkan hukuman berat, gantung 'orang kuat' Indonesia
Cuaca panas: JPS Perak mohon operasi pembenihan awan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua kapal asing ditahan, bersauh tanpa kebenaran

Muhammad Aiman Hakeem
Muhammad Aiman Hakeem
14/11/2021
06:16 MYT
Dua kapal asing ditahan, bersauh tanpa kebenaran
Pemeriksaan lanjut mendapati kedua-dua nakhoda kapal gagal mengemukakan sebarang dokumen kebenaran bersauh dari Pengarah Laut Malaysia. - APMM
KOTA TINGGI: Dua kapal asing yang bersauh tanpa kebenaran di perairan Johor Timur ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Johor, antara 12 tengah hari hingga 2 petang, semalam.
Pengarahnya, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata, kedua-dua kapal tersebut telah ditahan di kedudukan 11.5 batu nautika timur laut Tanjung Siang dan 8.3 batu nautika timur Tanjung Balau, Kota Tinggi, Johor.
“Kapal pertama yang ditahan merupakan kapal tangki berdaftar dari Panama yang dikendalikan lima kru warga Indonesia dan Myanmar berumur antara 20 hingga 38 tahun,
“Manakala kapal kedua merupakan kapal kargo yang berdaftar dari Cyprus kendalian 20 kru warga Filipina dan Ukraine berumur antara 21 hingga 49 tahun.
“Pemeriksaan lanjut mendapati kedua-dua nakhoda kapal gagal mengemukakan sebarang dokumen kebenaran bersauh dari Pengarah Laut Malaysia.
“Kesemua kru mempunyai pengenalan diri yang sah dan telah ditahan mengikut Seksyen 491B(1)(L) Ordinan Perkapalan Saudagar 1952," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Sekiranya didapati bersalah boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.
Topic Berkaitan
#kapal asing
#Maritim Malaysia
#perairan kota tinggi
#APMM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan