MELAKA: Dua daripada 179 kawasan cerun di Melaka dikategorikan lokasi kritikal dan berisiko berlaku tanah runtuh sekiranya hujan lebat berlaku dalam tempoh yang lama, iaitu Ayer Keroh di Melaka Tengah dan Tebong di Alor Gajah.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka Melaka Abu Bakar Katain berkata lokasi berkenaan antara kawasan bencana yang dipantau pihaknya susulan amaran hujan sangat lebat berterusan tahap bahaya dijangka berlaku di empat negeri termasuk Melaka sehingga esok yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) semalam.
"Kita sentiasa dalam 'mod berwaspada' sepanjang tempoh amaran dikeluarkan Jabatan Meteorologi dan kesiapsiagaan itu meliputi pelbagai aspek seperti logistik serta sumber manusia melibatkan 500 anggota bomba di negeri ini agar dapat memberi respons pantas terhadap setiap bencana dilaporkan.
"Melihat keadaan hujan yang berlaku bermula semalam, berkemungkinan air pasang besar boleh berlaku tetapi setakat ini keadaan masih terkawal, tiada pusat pemindahan sementara dibuka atau banjir teruk dilaporkan berlaku," katanya kepada pemberita selepas Majlis Perbarisan Tahunan JBPM tahun 2023 di sini hari ini.
Beliau berkata selain itu, sebanyak 124 lokasi berisiko banjir dikenal pasti iaitu 59 kawasan di Melaka Tengah, Jasin (42 lokasi) dan Alor Gajah (23 lokasi) manakala Asahan, Jasin direkodkan sebagai kawasan berisiko berlaku kepala air.
Katanya semua anggota di 11 balai bomba di negeri itu diarah untuk membuat rondaan di kawasan masing-masing dari semasa ke semasa dan melaporkan kepada pihaknya berkenaan situasi yang berlaku.
Dalam perkembangan lain, Abu Bakar berkata sebanyak 30 kompaun dikeluarkan JBPM Melaka atas kesalahan menutup, mengepung, melindung atau menyalah guna pili bomba selain menentang kebakaran di bawah Seksyen 26 Akta Perkhidmatan Bomba 1988 (Akta 341) pada tahun lepas.
Beliau berkata daripada jumlah itu, 10 individu yang dikompaun di bawah seksyen itu dihadapkan ke mahkamah kerana gagal menjelaskan kompaun maksimum bernilai RM100 bagi setiap individu yang disaman, dalam tempoh yang ditetapkan.
"Kebanyakan kes menghalang atau menyalah guna pili bomba yang ada dilaporkan berlaku di kawasan bandar terutama di pusat membeli-belah dan kawasan tumpuan ramai dan perbuatan berkenaan akan menyusahkan bomba untuk mendapatkan sumber air menerusi pili yang ada sekiranya berlaku kebakaran," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 01 2023

Abu Bakar Katain berkata lokasi berkenaan antara kawasan bencana yang dipantau pihaknya susulan amaran hujan sangat lebat berterusan tahap bahaya dijangka berlaku di empat negeri. - foto BERNAMA
Penggunaan AI perlu disertai sikap tanggungjawab
Datuk Seri Anwar tegaskan AI tidak boleh menggantikan tanggungjawab editorial dan kawalan kualiti oleh manusia, kata Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah.

Lima penyamun 'mengganas' di Kota Tinggi ditahan
Polis merampas semula barangan samun termasuk rantai tangan emas dan telefon bimbit, serta senjata parang dan pakaian yang digunakan semasa kejadian.

95 peratus bencana di Indonesia berpunca dari faktor hidrometeorologi
Amaran itu dikeluarkan ketika Pertubuhan Meteorologi Sedunia mengisytiharkan 2024 sebagai tahun paling panas pernah direkodkan.
Tiada layanan dua darjat isu Jalur Gemilang, siasat semua pihak
Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah berkata Datuk Seri Anwar Ibrahim tegaskan tiada layanan dua darjat dalam isu Jalur Gemilang dan siasatan dilakukan tanpa mengira pihak.

Pengusaha babi di Ayer Kuning beroperasi ikut SOP - Ahmad Zahid
Beliau berkata pengusaha berkenaan sudah mendapat lesen mengusahakan ternakan mereka sejak sekian lama.

Audi mulakan pemasangan Audi Q7 di Pekan, Pahang
Malaysia telah dikenal pasti sebagai hab pengeluaran serantau untuk kenderaan Audi di ASEAN.

Vietnam mulakan pembinaan landasan kereta api laju utara-selatan menjelang 2026
Kerajaan Vietnam menetapkan tarikh akhir bagi majlis pecah tanah projek landasan kereta api berkelajuan tinggi utara-selatan selewat-lewatnya pada 31 Dis 2026, lapor Xinhua.
AWANI Ringkas: Jalur Gemiang: KPM mohon maaf atas kecuaian
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

India gantung perjanjian perkongsian air dengan Pakistan susulan ketegangan di Kashmir
India pada Rabu menggantung perjanjian air yang berlangsung selama beberapa dekad dengan negara jirannya, Pakistan.

Kes hasutan: Mahkamah benar rayuan Chegu Bard batal 'gag order'
Panel hakim mendapati bahawa perintah larangan bersuara tidak diperlukan dan merujuk kepada kes Papagomo sebagai rujukan.

Bomba keluarkan warga emas meninggal dunia dalam rumah berkunci
Mangsa disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang berada di lokasi kejadian.

JBPM bakal terima 16 anjing pengesan baharu dari UK
Unit Anjing Pengesan (K9) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia akan menerima 16 anjing baharu dari United Kingdom (UK) pada tahun ini.

JBPM siasat dua anggota buat komen jelik di media sosial
Nor Hisham berkata siasatan itu dimulakan susulan beberapa aduan diterima berhubung kenyataan yang dibuat oleh anggota terlibat.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 18 April 2025.

JBPM sasar 18,000 inap desa diperiksa sempena Tahun Melawat Malaysia 2026
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menyasarkan 18,000 premis rumah inap diperiksa sempena Tahun Melawat Malaysia (VM2026), kata Ketua Pengarahnya Datuk Nor Hisham Mohammad.

JBPM sasar 50,000 pelajar miliki kemahiran asas renang dalam tempoh lima tahun
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menyasarkan untuk melatih 50,000 pelajar sekolah menengah dan rendah di seluruh negara menerusi program asas renang dalam tempoh lima tahun akan datang.

JBPM bakal terima 30 unit FRT baharu tahun ini
JBPM bakal menerima 30 unit jentera Fire Rescue Tender (FRT) yang baharu pada tahun ini sekali gus mempertingkatkan lagi kompetensi tindak balas terhadap panggilan kecemasan.

JBPM kaji amalan terbaik antarabangsa dalam pengurusan, keselamatan saluran gas
JBPM mengkaji amalan terbaik yang diguna pakai di peringkat antarabangsa dalam pengurusan dan keselamatan saluran gas di negara ini.

Insiden lubang pembetung di Lenggong: Mangsa maut akibat kurang oksigen - Polis
Polis mengesahkan tiga lelaki yang ditemukan maut dalam lubang pembetungan di Lenggong disebabkan terdedah kepada persekitaran kekurangan oksigen dalam ruang pembetung terkurung.

Beban melampau pendawaian elektrik punca kebakaran kereta di Sarawak - Bomba
Kebanyakan kes kebakaran kereta di jalan raya di Sarawak berpunca daripada sistem pendawaian elektrik mengalami beban melampau.