KUALA LUMPUR: Kementerian Luar dan Kementerian Pengangkutan sedang meneliti negara luar yang berpotensi untuk dimasukkan dalam senarai skim Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) dari masa ke masa.
Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata setakat ini skim VTL dimanfaatkan antara Malaysia-Singapura, selain Thailand dan Brunei yang akan dilaksanakan dalam masa terdekat seperti diumum Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
"MOFA (Kementerian Luar) telah ditugaskan meneliti senarai negara lain untuk VTL. Mereka ini adalah negara yang kami lihat (untuk skim VTL), bagaimanapun saya bukan dalam kedudukan untuk mengumumkannya," katanya pada sidang media secara maya selepas Mesyuarat Menteri Kuartet COVID-19 hari ini.
Pada 26 Feb, Ismail Sabri berkata kerajaan bercadang mengadakan VTL dengan Thailand sebagai langkah terbaharu memulihkan industri pelancongan negara.
Ismail Sabri turut memaklumkan Indonesia dan Brunei secara dasar juga telah bersetuju dengan cadangan pelaksanaan VTL itu.
Sementara itu, Hishammuddin berkata kewujudan gelombang Omicron tidak akan menyebabkan kerajaan melaksanakan semula sekatan pergerakan secara besar-besaran memandangkan ramai rakyat Malaysia sudah lengkap menerima vaksin COVID-19.
Ditanya mengenai peratusan kes melibatkan varian Omicron di negara, beliau yang mempengerusikan mesyuarat itu hari ini berkata berdasarkan laporan Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin, majoriti kes aktif adalah Omicron.
"Ini adalah urusan KKM (Kementerian Kesihatan). Daripada taklimat KJ (Khairy) sebentar tadi, majoriti kes adadalh daripada varian Omicron tetapi ia memerlukan masa dua minggu untuk kajian," katanya.
Mengulas mengenai syor semakan semula beberapa prosedur operasi standard (SOP) oleh Khairy, Hishammuddin berkata perkara itu akan diambil kira apabila kerajaan mengumumkan tarikh peralihan ke fasa endemik nanti.
Terdahulu, Khairy menurusi Twitter rasminya memaklumkan SOP bagi solat jemaah di masjid dan surau serta waktu operasi premis makanan perlu disemak semula, mengambil kira penilaian risiko COVID-19 yang terkawal.
Bagaimanapun, Khairy berkata syor semakan semula SOP itu masih tertakluk kepada persetujuan dan pelaksanaan oleh bidang kuasa negeri dan pihak berkuasa tempatan masing-masing.
Mengenai perkembangan fasa peralihan ke endemik, Hishammuddin berkata Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa memaklumkan kepada mesyuarat kuartet bahawa kementerian itu sedang melakukan persiapan rapi bagi memastikan perancangan berkaitan Duta-Duta Pemerkasaan Komuniti dapat dijayakan.
"Ini penting untuk mendidik masyarakat seterusnya memastikan rakyat biasa dengan amalan, langkah-langkah keselamatan, setiap SOP serta garis panduan di fasa berkenaan," katanya.
Selain itu, beliau berkata keutamaan kerajaan terutamanya kuartet adalah pembukaan semula secara selamat selari dengan titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah semalam supaya peralihan negara menuju fasa endemik dibuat secara berhati-hati.
"Ini bermakna, di fasa 'peralihan ke endemik' kelak, rakyat akan lebih bebas namun langkah keselamatan, SOP serta garis panduan masih perlu dipatuhi dengan penuh disiplin, termasuk pemakaian pelitup muka, penjarakan fizikal dan penjagaan kebersihan diri," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 01 2022
Setakat ini skim VTL dimanfaatkan antara Malaysia-Singapura, selain Thailand dan Brunei yang akan dilaksanakan dalam masa terdekat.- Gambar fail
Penunjuk perasaan pro-Palestin di Paris kepung universiti
Penunjuk perasaan pro-Palestin mengepung bangunan dan kawasan hadpaan Universiti Sciences Po yang berprestij di Paris pada Jumaat.
Piala Thomas: Zii Jia pamer magis tarik perhatian ramai di Chengdu
Zii Jia merekodkan kemenangan ke atas Lee Cheuk Yiu dalam aksi yang mengambil masa 45 minit menghadirkan saat-saat terbaik dalam saingan pembukaan ini.
Youth All Girls raih gangsa di Amerika Syarikat
Pasukan sorak Malaysia Youth All Girls raih gangsa di The 2024 International Cheer Union World Cheerleading Championships (ICU JWCC) di Florida, Amerika Syarikat pada Khamis.
Perkembangan proses penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon pagi tadi di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Firdaus Azil ada perincian untuk dikongsikan jam ini.
Firdaus Azil ada perincian untuk dikongsikan jam ini.
Malaysia-China bincang perkukuhkan kerjasama sektor pendidikan
Malaysia dan China membincangkan inisiatif strategik bagi memperluas serta memperkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi antara Kuala Lumpur-Beijing sempena sambutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia-China.
Perdana Menteri ke Riyadh sempena mesyuarat khas Forum Ekonomi Sedunia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan lawatan kerja ke Riyadh, Arab Saudi sempena mesyuarat khas forum sedunia World Economic Forum (WEF) bermula 27 hingga 29 April ini.
Kerajaan Persekutuan kaji cadangan wujud hospital di Pengerang - Azalina
Hospital tersebut akan memudahkan penduduk mendapatkan rawatan memandangkan Pengerang semakin pesat membangun.
AWANI Ringkas: Reformasi gaji di Malaysia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Piala Thomas: Lee Zii Jia beri mata pertama buat Malaysia!
Kemenangan straight set benarkan Malaysia raih mata pertama dalam aksi peringkat kumpulan saingan Piala Thomas berdepan Hong Kong.
AWANI Pagi: Filem Oppa semai mesej PDRM banteras jenayah scam
Ikuti diskusi bersama Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf akan berkongsi mesej disemai PDRM dalam membanteras jenayah scam yang berleluasa ketika ini.
Isu kewarganegaraan: "Jangan samakan saya dengan Hishammuddin" - Saifuddin
Kementerian Dalam Negeri memberi jaminan bahawa permohonan kewarganegaraan hanya akan mengambil masa setahun apabila pindaan Perlembagaan diluluskan di Parlimen kelak.
Pemergian Abdul Taib kehilangan besar buat Sarawak - Hishammuddin
Hishammuddin sekeluarga berdukacita terima berita pemergian Abdul Taib ke rahmatullah pagi ini.
'Menteri-menteri pun kelihatan tidak minat dengan Belanjawan 2024' - Hishammuddin
Adalah tidak mencukupi andai menteri hanya bersandarkan kenyataan melalui sidang media atau di media sosial.
Pertahan hak Israel umpama satu penghinaan - Hishammuddin
Rakyat Palestin telah menderita lebih 50 tahun kerana dijajah oleh zionis.
'Sekarang baru dapat masa healing' - Hishammuddin
Selepas 30 tahun aktif berpolitik, baru kini bekas Naib Presiden UMNO berpeluang menenangkan diri sendiri.
PRN: Hishammuddin idola calon PN Harrison Hassan
Calon PN bagi DUN Jeram menjadikan Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebagai idola dalam gelanggang politik.
Hishammuddin persoal keikhlasan Zahid terima semula ahli UMNO dipecat, digantung
Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mempersoalkan keikhlasan pelawaan UMNO untuk menerima kembali mana-mana ahlinya yang dikenakan tindakan disiplin.
Masuk Bersatu? Khairy jumpa Muhyiddin minggu depan
Khairy berkata demikian dalam podcast 'Keluar Sekejap bersama Shahril Hamdan', yang disiarkan pada Jumaat.
Gambar Hishammuddin peluk Noh curi perhatian
Perkongsian gambar oleh bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bersama sahabat baiknya, Tan Sri Noh Omar mencuri perhatian netizen.
Tiada keperluan pelawa bekas ahli UMNO ke PAU - Hishammuddin
Tiada keperluan untuk mempelawa bekas ahli UMNO yang dipecat untuk menghadiri Perhimpunan Agung UMNO (PAU).