Skip to main content

Malaysia

Sektor pelancongan Perlis diperkasa melalui inisiatif "Royal Nakawan" - MB

KANGAR, 19 April -- Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah bertemu pengamal media mengulas mengenai penangguhan mengejut Sidang Dewan Undangan Negeri(DUN) Perlis ketika ditemui pada Majlis Penyampaian Hadiah Perlis Open Moto X Meeting di Litar Motocross, Sungai Batu Pahat hari ini.  Sidang DUN Perlis dijadualkan berlangsung bermula 21 hingga 23 April depan, namun Setiausaha DUN, Mohd Anwar Sahul Hameed pada surat rasmi semalam, mengumumkan penangguhan tanpa tarikh baharu. -- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TER
Menteri Besar Perlis Abu Bakar Hamzah berkata bagi merealisasikan pelancaran berkenaan, kerajaan negeri akan menubuhkan Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Royal Nakawan dengan kerjasama Jabatan Perhutanan Negeri. - Gambar fail/BERNAMA

KANGAR: Sektor pelancongan di Perlis akan diperkasakan menerusi inisiatif menjadikan kawasan Banjaran Nakawan sebagai “Royal Nakawan”, yang dirancang dilancarkan pada Oktober depan.

Menteri Besar Perlis Abu Bakar Hamzah berkata bagi merealisasikan pelancaran berkenaan, kerajaan negeri akan menubuhkan Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Royal Nakawan dengan kerjasama Jabatan Perhutanan Negeri.

“Banjaran Nakawan sememangnya aset berharga (kepada Perlis) iaitu mengikut makna dalam bahasa Thailand, Nakawan itu ialah ‘Naga Emas’,” katanya kepada pemberita di luar Persidangan Dewan Undangan Negeri Perlis di Kompleks Seri Putra di sini hari ini.

Beliau berkata bagi pembangunan “Royal Nakawan” itu, kerajaan negeri bercadang mewujudkan kereta kabel sepanjang 26 kilometer (km) di kawasan banjaran berkenaan yang dilihat mampu merancakkan sektor pelancongan.

Pembangunan seumpama itu di kawasan Banjaran Nakawan, katanya dijangka menjadi tarikan pelancongan baharu di negara ini selain Langkawi, sekali gus mengangkat Perlis dengan tawaran destinasi pelancongan baharu yang menarik.

“Sebab dalam (Banjaran) Nakawan kita dapati ada gua-gua dan banyak tempat menarik yang boleh dinikmati. 

“Ini peluang baharu, bukan saya nak kata orang tak minat ke Langkawi… Langkawi orang tengok lama dah. Ini pembaharuan untuk pelancongan di Perlis,” katanya.

-- BERNAMA

 

Must Watch Video

Advertisement