KUALA LUMPUR: Dua kontraktor mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan memperdaya lembaga pengelola sekolah dengan mengatakan bahawa mereka dilantik oleh kementerian bagi menjalankan kerja-kerja membaik pulih fasiliti sekolah bernilai RM875,000 tiga tahun lepas.
Mohd Syafeeq Mohd, 40, dan Cheah Seng Nam, 48, didakwa bersama-sama memperdaya Lembaga Pengelola Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Semenyih untuk menyerahkan wang sebanyak RM875,000 kepada mereka.
Ia dengan mempercayai mereka adalah kontraktor yang dilantik oleh Kementerian Pendidikan Malaysia bagi kerja-kerja penyelenggaraan, penambahbaikan dan membaik pulih fasiliti di sekolah berkenaan yang bernilai RM875,000.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di RHB Bank Cawangan Taman Midah di sini, pada 27 Ogos 2020 hingga 8 Okt 2020.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang setahun dan maksimum 10 tahun dan sebatan serta denda, jika sabit kesalahan.
Pengawai Pendakwa Suruhanjaya Pecegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Mohd Aliff Shaharuzaman memohon dua lelaki itu masing-masing diikat jamin RM50,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan mereka perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah serta melapor diri di pejabat SPRM Selangor pada minggu pertama setiap bulan.
Peguam Ridha Abdah Subri yang mewakili kedua-dua tertuduh memohon anak guamnya diikat jamin RM12,000 setiap seorang atas alasan mereka telah memberikan kerjasama yang baik kepada SPRM sepanjang siasatan dijalankan.
"Mohd Syafeeq kini berniaga kedai minuman secara kecil-kecilan manakala Cheah merupakan bapa tunggal selepas isterinya baru sahaja meninggal dunia dan dia perlu menyara seorang anak berumur tujuh tahun.
"Saya tidak membantah syarat-syarat tambahan itu. Kedua-dua anak guam saya sebelum ini telah didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam atas kesalahan sama. Oleh itu, pasport mereka telah diserahkan kepada mahkamah berkenaan," kata peguam itu.
Hakim Rozina Ayob membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin dan mereka perlu melapor diri di pejabat SPRM Selangor pada minggu pertama setiap bulan serta menetapkan 25 Okt untuk sebutan semula kes.
Pada 13 Sept lalu, kedua-dua lelaki itu didakwa Mahkamah Sesyen Shah Alam atas dua pertuduhan memperdaya lembaga pengelola sekolah dengan menjalankan kerja membaik pulih fasiliti bernilai lebih RM1.2 juta, tiga tahun lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 20 2023
Mohd Syafeeq Mohd, 40, dan Cheah Seng Nam, 48, didakwa memperdaya Lembaga Pengelola Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Semenyih untuk menyerahkan wang sebanyak RM875,000 kepada mereka. - Gambar fail
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
AWANI Ringkas: Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[KRONOLOGI] Konflik Syria
Berikut adalah info berkenaan dengan kronologi Konflik di Syria.
#AWANIRingkas 12 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 12 Disember 2024
1️⃣ Situasi di Kelantan pulih, mangsa di Terengganu menurun
2️⃣ RUU Majlis Media dibentang hari ini
3️⃣ Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
#awaniringkas
1️⃣ Situasi di Kelantan pulih, mangsa di Terengganu menurun
2️⃣ RUU Majlis Media dibentang hari ini
3️⃣ Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
#awaniringkas
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang. #AWANInews
Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2. #AWANInews
Ahmad Zahid kekal bebas 40 kes rasuah VLN
Panel tiga hakim memutuskan demikian selepas Timbalan Pendakwa Raya memberitahu bahawa AGC menarik balik semua rayuan terhadap kes ini.
Ringgit dibuka tinggi walaupun dolar Amerika mengukuh
Pada 8.11 pagi, ringgit naik kepada 4.4250/4355 berbanding dolar US daripada 4.4300/4355 ketika ditutup semalam.
Dua kontraktor didakwa lagi, perdaya baik pulih fasiliti sekolah RM875,000
Dua kontraktor didakwa memperdaya lembaga pengelola sekolah dengan mengatakan bahawa mereka dilantik oleh kementerian bagi menjalankan kerja membaik pulih.