awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua kumpulan ambil upah simbah cat merah ditahan

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
26/02/2021
08:48 MYT
Dua kumpulan ambil upah simbah cat merah ditahan
Hasil risikan polis mendapati dua kumpulan itu menjalankan aktiviti berkenaan sejak Mac dan Disember 2020 sehingga kini. - Foto Astro AWANI
IPOH: Polis menahan lima lelaki dan seorang wanita yang disyaki mengambil upah daripada pemberi pinjaman haram atau 'ah long' yang melakuan ugutan dengan menyimbah cat merah di rumah peminjam dalam dua serbuan berasingan di Ipoh dan Manjung, Perak.
Kesemua suspek berusia 16 hingga 42 tahun itu ditahan dalam operasi khas, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak.
Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, tangkapan dibuat susulan menerima dua laporan daripada mangsa yang berada dalam ketakutan.
"Kerja mereka ini dia adalah mengugut peminjam-peminjam dengan cara membaling cat merah di rumah mereka.
"Sindiket ini telah melakukan perbuatan khianat dengan menyimbah cat berwarna merah ke atas keluarga (peminjam) serta membuat rakaman video bagi tujuan membuat ugutan jenayah kepada keluarga peminjam," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak di Ipoh pada Jumaat.
Hasil risikan polis mendapati dua kumpulan itu menjalankan aktiviti berkenaan sejak Mac dan Disember 2020 sehingga kini.
Polis turut merampas lima telefon bimbit, cat merah, pakaian, botol cecair berwarna merah dan dokumen notis amaran.
Siasatan lanjut mendapati empat daripada suspek positif dadah.
Kes disiasat mengikut Seksyen 5(2) Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 dan 427 Kanun Keseksaan.
Polis menasihatkan orang awam supaya tidak membuat pinjaman wang dengan mana-mana individu atau syarikat yang tiada lesen melalui internet.
Topic Berkaitan
#suspek
#siasatan
#operasi
#sindiket
#simbah cat
#Ah Long
#ipk perak
#peminjam wang
#Ketua Polis Perak
#Mior Faridalathrash Wahid
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan