Dua lagi suspek kes tembak di Jalan Rasah-Mambau direman

Seorang lelaki maut manakala seorang lagi cedera selepas ditembak dua suspek menaiki motosikal dalam kejadian di Jalan Rasah-Mambau menghala ke Plaza Tol Port Dickson, 10 Disember lalu. - Gambar fail
SEREMBAN: Polis mengesahkan dua lagi lelaki direman, menjadikan jumlah keseluruhan lima suspek dipercayai terlibat dalam kejadian seorang lelaki maut ditembak di dalam kereta di Jalan Rasah-Mambau menghala ke Plaza Tol Port Dickson pada 10 Dis lepas.
Ringkasan AI
- Polis mengesahkan lima suspek direman berhubung kes lelaki ditembak di Jalan Rasah-Mambau menghala ke Plaza Tol Port Dickson.
- Suspek berusia 30-an ditahan di Bagan Serai, Pulau Pinang dan direman selama lima hari untuk siasatan lanjut.
- Mangsa berusia 43 tahun maut dalam kejadian tersebut, manakala lelaki lain yang cedera masih menerima rawatan.
"Kertas siasatan akan dirujuk ke Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan pada Khamis ini sebelum diserahkan ke Pejabat Pendakwaan Negeri," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Media sebelum ini melaporkan, seorang lelaki maut manakala seorang lagi cedera selepas ditembak dua suspek menaiki motosikal dalam kejadian di Jalan Rasah-Mambau menghala ke Plaza Tol Port Dickson.
Dalam kejadian sekitar 7.30 pagi itu, mangsa berusia 43 tahun meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Tuanku Ja'afar di sini manakala seorang lagi lelaki berusia 47 tahun masih menerima rawatan.
Azahar berkata mangsa yang cedera itu berada dalam keadaan stabil.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


