Dua lelaki cedera dipercayai ditembak dari dalam kereta

Kedua-dua mangsa telah dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan. - Gambar/ Sinar Harian
SEREMBAN: Dua lelaki cedera dipercayai ditembak dari dalam sebuah kereta di Jalan Rasah menghala ke Plaza Tol Port Dickson, di sini, pagi Rabu.
Difahamkan, kejadian berlaku sekitar jam 8 pagi dan turut dirakam oleh orang awam.
Menerusi video yang tersebar, kelihatan seorang lelaki dalam keadaan terkulai di tempat duduk pemandu sebuah kereta jenis Perodua Myvi berwarna putih, manakala seorang lagi lelaki mengalami kecederaan pada tangan.
Turut kelihatan pada bahagian luar kenderaan tersebut adalah percikan darah.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Azahar Abdul Rahim mengesahkan kejadian tersebut dan memaklumkan bahawa kedua-dua mangsa telah dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan. - Sinar Harian
[BERITA LANJUT MENYUSUL]
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


