awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
P. Pinang beri kerjasama penuh kepada SPRM siasat pegawai kanan kerajaan negeri
Tuntung mati tersangkut di rawai di Sungai Kemaman
KPT, MQA adakan perbincangan teliti aspek teknikal pengiktirafan kelulusan pendidikan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penerbangan terus Qingdao-Pulau Pinang bermula 31 Mac - Exco

Bernama
Bernama
31/01/2026
13:00 MYT
Penerbangan terus Qingdao-Pulau Pinang bermula 31 Mac - Exco
Wong berkata pembukaan laluan itu meningkatkan pelancongan dan menggalakkan pertukaran hubungan rakyat dengan rakyat, dengan tiket penerbangan sudah boleh dibeli melalui laman web rasmi syarikat Qingdao Airlines. - Gambar Facebook Wong Hon Wai
GEORGE TOWN: Pulau Pinang bakal memperkukuh ketersambungan udara menerusi pelancaran penerbangan terus baharu dari Qingdao, China ke negeri ini bermula 31 Mac depan.

Ringkasan AI
  • Pulau Pinang memperkukuh ketersambungan udara menerusi pelancaran penerbangan terus baharu dari Qingdao, China ke negeri tersebut bermula 31 Mac depan, dengan tujuan meningkatkan pelancongan dan pertukaran hubungan rakyat dengan rakyat.
  • Penerbangan Qingdao-Pulau Pinang akan beroperasi tiga kali seminggu pada Selasa, Khamis dan Sabtu, dengan jadual waktu berlepas dari Qingdao pada 9 pagi dan tiba di Pulau Pinang pada 3.35 petang, manakala pulangannya berlepas dari Pulau Pinang pada 4.35 petang dan tiba di Qingdao pada 10.55 malam hari sama.
  • Dengan tambahan penerbangan dari Qingdao dan Chongqing, Pulau Pinang kini mempunyai penerbangan terus yang menghubungkan 22 bandar antarabangsa termasuk Bangkok, Taipei, Guangzhou, dan Dubai, menjadikan kedua-duanya sebagai bandar ketujuh dan kelapan di China yang mempunyai hubungan penerbangan terus ke Pulau Pinang.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Ekonomi Kreatif negeri Wong Hon Wai berkata pembukaan laluan itu sekali gus meningkatkan pelancongan dan menggalakkan pertukaran hubungan rakyat dengan rakyat, dengan tiket penerbangan sudah boleh dibeli melalui laman web rasmi syarikat Qingdao Airlines.
"Qingdao akan menjadi bandar paling utara di China yang kini mempunyai penerbangan terus ke Pulau Pinang.
"Pengumuman ini (pembukaan penerbangan) dilakukan pada permulaan Tahun Melawat Malaysia 2026, sekali gus menjadi pemangkin yang tepat pada masanya dan bermakna kepada sektor pelancongan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata penerbangan Qingdao-Pulau Pinang (QW923) akan berlepas dari bandar itu pada 9 pagi dan tiba di Pulau Pinang pada 3.35 petang, manakala penerbangan pulang (QW924) akan berlepas dari Pulau Pinang pada 4.35 petang dan tiba di Qingdao pada 10.55 malam hari sama.
Penerbangan berkenaan beroperasi tiga kali seminggu iaitu pada Selasa, Khamis dan Sabtu.
Wong berkata perbincangan untuk meningkatkan hubungan dengan Wilayah Shandong telah bermula pada Jun 2024, iaitu semasa beliau mengadakan pertemuan dengan delegasi daripada Pejabat Hal Ehwal Luar Negeri Kerajaan Rakyat Wilayah Shandong, yang berkongsikan usaha mereka untuk memperluas penglibatan dengan Asia Tenggara.
Beliau berkata penglibatan awal itu telah menjadi asas kepada pembukaan laluan penerbangan terbabit, apabila pasukan Penang Global Tourism mengadakan lawatan ke Qingdao pada awal Disember lepas bagi perbincangan bersama Qingdao Airlines, disusuli dengan lawatan rasmi beliau ke Qingdao bulan ini bagi memuktamadkan butiran operasi serta meneroka inisiatif promosi pelancongan bersama.
Menurut Wong, menerusi pelancaran penerbangan Qingdao bermula 31 Mac dan penerbangan Chongqing-Pulau Pinang oleh Chongqing Airlines pada 8 April, rangkaian penerbangan antarabangsa Pulau Pinang akan berkembang kepada 22 bandar antarabangsa dengan penerbangan terus termasuk Bangkok, Taipei, Guangzhou, Shanghai, Hong Kong, Singapura, Dubai dan Doha, selain penerbangan sewa khas dari beberapa bandar di China.
Pulau Pinang, katanya kini mempunyai penerbangan terus yang menghubungkan enam bandar di China iaitu Chengdu, Xiamen, Guangzhou, Shenzhen, Hong Kong dan Shanghai.
Beliau berkata pertambahan Qingdao dan Chongqing akan menjadikan kedua-duanya sebagai bandar ketujuh dan kelapan di China yang mempunyai hubungan penerbangan terus ke Pulau Pinang, sekali gus membentuk rangkaian menyeluruh yang merangkumi China Timur, Selatan dan Barat Daya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#lawatan rasmi
#sektor pelancongan
#penerbangan terus
#Laman web
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan