awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Starmer mohon maaf kepada mangsa Epstein, akui percaya "pembohongan" Mandelson
Bandar Jepun batalkan festival sakura susulan tingkah laku pelancong tidak beradab
Sultan Selangor berangkat ke Majlis Makan Malam Tahun Baharu Cina Bernama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua lelaki didakwa bunuh rakan

Astro Awani
Astro Awani
29/05/2024
03:50 MYT
Dua lelaki didakwa bunuh rakan
Mohammad Toyub (kiri) dan Ahmad Izhaq (kanan) dibawa ke Mahkamah Majistret Kuantan hari ini. - Gambar/ Astro AWANI
KUANTAN: Seorang lelaki warga Myanmar dan rakannya warga tempatan, didakwa di Mahkamah Majistret Kuantan pada Rabu atas pertuduhan membunuh seorang lagi rakan mereka dua minggu lalu.
Mohammad Toyub Muhammad Yusuf, 32, dituduh melakukan perbuatan itu bersama-sama Ahmad Izhaq Jurid, 42.
Bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada kedua-dua tertuduh, selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Tengku Eliana Tuan Kamaruzaman.
Mengikut kertas pertuduhan, kedua-dua tertuduh didakwa secara bersama melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian ke atas warga Myanmar, Jafar Alam Lalu, di sebuah kediaman di Kubang Buaya Kuantan pada jam 6.38 petang, 15 Mei lalu.
Pertuduhan dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara tidak kurang daripada 30 tahun tetapi tidak melebihi 40 tahun dan sekiranya dikenakan hukuman penjara hendaklah juga disebat tidak kurang 12 sebatan jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Anuarul Hakim Abdul Muen manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Mahkamah menetapkan 13 Jun depan bagi sebutan semula kes untuk lantikan jurubahasa.
Topic Berkaitan
#kes bunuh
#warga myanmar
#bunuh rakan
#Kuantan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan