awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua lelaki didenda miliki mercun, bunga api secara haram

Bernama
Bernama
09/03/2025
13:15 MYT
Dua lelaki didenda miliki mercun, bunga api secara haram
Mohd Sofwan Abdul Rahman, 43, dan Zarul Mustakim Jaya@Sidek, 29 masing-masing didenda RM5,300 dan RM3,800 di bawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957. - Gambar hiasan
DUNGUN: Dua lelaki didenda di Mahkamah Majistret Dungun di sini hari ini selepas mengaku bersalah memiliki pelbagai jenis mercun dan bunga api tanpa permit.
Dalam prosiding yang dijalankan berasingan, Mohd Sofwan Abdul Rahman, 43, dan Zarul Mustakim Jaya@Sidek, 29 masing-masing didenda RM5,300 dan RM3,800 di bawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957.
Tertuduh juga berhadapan hukuman penjara selama dua bulan sekiranya gagal membayar denda. Mereka bagaimanapun membayar denda itu.
Mohd Sofwan yang bekerja sebagai jurukimpal didakwa memiliki 300 kotak kecil mengandungi pelbagai jenis mercun dan bunga api tanpa kebenaran yang sah pada 21 Feb lepas di sebuah rumah atau stor tidak bernombor di Kampung Che Lijah di sini, pada pukul 1 tengah hari.
Zarul Mustakim pula seorang mekanik, didapati memiliki 43 jenis mercun dan bunga api tanpa kebenaran yang sah pada 4 Mac lepas, di sebuah rumah di Kampung Burung Baru di sini, pada 12.10 tengah malam.
Ketika ditanya oleh Majistret Nur Amira Fatihah Osman tentang punca mereka melakukan perbuatan itu, masing-masing memberikan alasan berbuat demikian kerana ingin mencari pendapatan lebih bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Azhani Azman, manakala Mohd Sofwan dan Zarul Mustakim masing-masing diwakili peguam Masliela Ismail dan Nur Farahin Shazlin Mohd Redhuan Shah Edwin.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Mahkamah Majistret
#bunga api
#mercun
#tanpa permit
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan