awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tutup nombor pendaftaran kenderaan isi RON95, pemandu didakwa esok
Polis tahan jurulatih bola sepak disyaki liwat, cabul remaja lelaki 15 tahun di Kota Tinggi
68,000 pelajar di Pahang terima bantuan kit pembelajaran Tunas Makmur serentak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua lelaki didenda RM10,000 kawal, miliki 90 akaun bank tanpa kebenaran

Bernama
Bernama
06/08/2025
05:40 MYT
Dua lelaki didenda RM10,000 kawal, miliki 90 akaun bank tanpa kebenaran
Kedua-dua tertuduh didakwa melakukan kesalahan tersebut di tempat letak kereta berhampiran sebuah bank di Seremban pada 9.50 pagi, 29 Julai lepas. - Gambar hiasan
SEREMBAN: Dua lelaki masing-masing didenda RM10,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan mengawal dan memiliki 90 akaun bank orang lain tanpa kebenaran.
Majistret Nurul Saqinah Rosli menjatuhkan hukuman itu terhadap Lim Jiunn Liang, 28, dan Justine Chung Yin Wei, 25, dan turut memerintahkan mereka dipenjara 12 bulan jika gagal membayar denda.
Kedua-dua tertuduh didakwa melakukan perbuatan tersebut di tempat letak kereta berhampiran sebuah bank di sini pada 9.50 pagi, 29 Julai lepas.
Kesalahan tersebut boleh dihukum di bawah Seksyen 424A Kanun Keseksaan yang memperuntukkan denda minimum RM5,000 dan maksimum RM50,000 atau penjara tidak kurang enam bulan dan tidak lebih lima tahun, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Menurut fakta kes, mereka ditahan sepasukan anggota polis dari Bahagian Risikan Operasi, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan menerusi Op Khas berkaitan penipuan dalam talian.
Kedua-duanya disyaki telah menjalankan kegiatan ejen kad ATM bank dan penipuan dalam talian.
Antara barang yang dirampas dalam operasi itu ialah sebuah kereta Honda City, 90 kad ATM pelbagai bank, enam unit telefon bimbit pelbagai jenama dan warna, buku pasport Malaysia, serta 22 keping wang kertas RM50.
Timbalan Pendakwa Raya Nik Nur 'Aqilah Syarfa Nik Zaidi memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal terhadap mereka.
Peguam yang mewakili kedua-dua tertuduh, K. Tharani merayu denda minimum, memandangka anak guamnya masih muda dan ini merupakan kesalahan pertama mereka.
"Mereka juga menyesal dan mengambil pengajaran serta berjanji tidak akan mengulangi kesalahan sama. Mereka juga mengaku bersalah, sekali gus menjimatkan masa dan proses mahkamah," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kawal akaun bank orang lain tanpa kebenaran
#Mahkamah Majistret
#penipuan dalam talian
#ejen kad ATM bank
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan