awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Harga emas, perak dijangka terus meningkat di sebalik ketidaktentuan jangka pendek - MGA
Pembangunan Dasar Halal Negara pada fasa akhir, dijangka siap Mei ini - Fadillah
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua lelaki dilaporkan diculik di Kampung Sapang Semporna

Bernama
Bernama
16/06/2014
03:10 MYT
Dua lelaki dilaporkan diculik di Kampung Sapang Semporna
Mereka dikatakan diculik kira-kira pukul 12.40 tengah malam tadi di pusat ternakan ikan milik syarikat Davel Bay di sini.
Dua lelaki - seorang penjaga pusat ternakan ikan dalam sangkar dan seorang suku kaum Suluk - dilarikan oleh dua lelaki bersenjata di Kampung Sapang, barat Pulau Timbun Mata, di sini tengah malam tadi.
Menurut laporan awal, penjaga pusat ternakan itu dipercayai bernama Chan Sai Chiun, 32, berasal dari Perak dan lelaki Suluk itu yang hanya dikenali sebagai Mazlan berumur sekitar 20-an.
Mereka dikatakan diculik kira-kira pukul 12.40 tengah malam tadi di pusat ternakan ikan milik syarikat Davel Bay di sini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, ACP Omar Mamah mengesahkan kejadian itu ketika dihubungi Bernama.
Ini merupakan kes penculikan ketiga di kawasan pantai timur Sabah tahun ini.
Pada 6 Mei lepas, lima lelaki bersenjata menculik seorang pengurus syarikat ternakan ikan dalam sangkar warga China di Pulau Baik di Lahad Datu, sebulan selepas seorang pelancong wanita warga China diculik di sebuah resort di Semporna.
Topic Berkaitan
#penculikan
#Sabah
#Semporna
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan