awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Permohonan Paul Yong untuk semak sabitan, hukuman kes rogol ditolak
Pemandu maut lori simen jatuh dalam tapak pembinaan
Jeneral kanan Rusia kritikal selepas ditembak di Moscow
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua lelaki ditahan bantu siasatan penjualan karpet alas kaki bercorak Kaabah, masjid

Bernama
Bernama
07/10/2024
03:15 MYT
Dua lelaki ditahan bantu siasatan penjualan karpet alas kaki bercorak Kaabah, masjid
Polis menahan dua lelaki tempatan bagi membantu siasatan berhubung penjualan karpet alas kaki yang mempunyai corak mirip masjid dan Kaabah di sebuah bazar perniagaan, di George Town, semalam.
GEORGE TOWN: Polis menahan dua lelaki tempatan bagi membantu siasatan berhubung penjualan karpet alas kaki yang mempunyai corak mirip masjid dan Kaabah di sebuah bazar perniagaan, di sini, semalam.
Pemangku Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin berkata, lelaki berusia 26 dan 41 tahun yang ditahan itu merupakan pemilik dan pekerja di bazar tersebut.
"Pihak polis pada mulanya telah menerima satu laporan polis semalam daripada seorang lelaki tempatan yang mendapati karpet alas kaki yang dibelinya di bazar itu mengandungi corak menyerupai bentuk masjid serta kaabah.
"Sabtu lepas, lelaki itu telah melihat beberapa karpet yang disyaki bercorak Kaabah dan masjid dijual kepada orang ramai ketika berada di bazar perniagaan. Setelah membeli karpet tersebut, lelaki itu membuat laporan polis," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata kedua-dua lelaki itu direman untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan serta Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955.
Pihak polis menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menyentuh sensitiviti mana-mana pihak dan menggangu siasatan polis.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#karpet alas kaki
#corak Kaabah
#corak masjid
#polis pulau pinang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan