awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wanita 'terkandas' di KLIA diserah ke Hospital Kajang, miliki kad mental
HTC sasar lancar kaca mata pintar VIVE Eagle di Asia Tenggara awal 2026
Mahkamah benar lanjutan masa tiga bulan sekat PSI guna AS$340 juta dikaitkan 1MDB
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua lelaki ditahan edar dadah guna teksi, e-panggilan

Bernama
Bernama
09/06/2023
11:28 MYT
Dua lelaki ditahan edar dadah guna teksi, e-panggilan
Polis telah menahan suspek pertama berusia 41 tahun yang memandu sebuah teksi, dipercayai bertindak sebagai 'penghantar' di sekitar Kelana Jaya.
PETALING JAYA: Polis menahan dua lelaki tempatan disyaki terlibat aktiviti pengedaran dadah bersama 4 kilogram (kg) ganja, menggunakan perkhidmatan teksi, e-panggilan dan pengangkutan awam, menerusi dua serbuan berasingan di sini, Selasa lepas.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, telah menahan suspek pertama berusia 41 tahun yang memandu sebuah teksi, dipercayai bertindak sebagai 'penghantar' di sekitar Kelana Jaya pada 10.10 malam.
"Pemeriksaan lanjut telah menemui satu beg mengandungi tiga ketulan mampat daun kering disyaki ganja, dibalut dengan kertas kuning keemasan dan satu ketulan mampat daun kering dibalut dengan kertas berwarna biru.
"Hasil tangkapan dan soal siasat suspek pertama telah membawa kepada penahanan suspek kedua, iaitu seorang lelaki tempatan berusia 29 tahun di sekitar Kota Damansara yang dipercayai dalang pengedaran dadah terbabit, yang dirampas daripada suspek pertama," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya di sini hari ini.
Beliau berkata hasil siasatan mendapati kedua-dua suspek membawa dadah terbabit, selepas mendapat pesanan dan akan dijual semula dalam jumlah tertentu kepada pengedar lain.
POLIS-DADAH 2 (AKHIR) PETALING JAYA
"Modus operandi sindiket adalah dengan menggunakan perkhidmatan teksi, e-panggilan dan pengangkutan awam untuk membuat penghantaran dadah, dengan kesemua dadah itu dianggarkan bernilai RM12,455 dan mampu digunakan oleh 4,018 pengguna," katanya.
Fakhrudin berkata suspek pertama didapati terlibat aktiviti pengedaran dadah kira-kira tiga bulan di sekitar Kelana Jaya dan Puchong, manakala suspek kedua pula telah aktif sejak dua bulan lepas di Kepong, Selayang dan Petaling Jaya.
"Suspek pertama mempunyai lima rekod jenayah dan enam rekod dadah, manakala suspek kedua tidak mempunyai sebarang rekod lampau dan mereka telah direman selama tujuh hari bermula 4 hingga 10 Jun ini, bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Dadah
#e-panggilan
#polis
#ganja
#pengangkutan awam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan