awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Puteri Mahkota Norway ditahan atas dakwaan serangan menjelang perbicaraan rogol
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua lelaki ditahan sedang jual beli dadah

Bernama
Bernama
14/01/2018
15:46 MYT
Dua lelaki ditahan sedang jual beli dadah
Berdasarkan siasatan awal, dua lelaki yang ditahan merupakan anggota sindiket pengedaran dadah yang aktif sejak tahun lepas. - Gambar hiasan
Polis menahan dua lelaki ketika sedang menjalankan urus niaga menjual dadah di belakang sebuah rumah di Mengkuang Titi, di sini dan merampas heroin serta syabu bernilai RM11,000 dalam serbuan awal pagi ini.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata bertindak hasil risikan dan intipan yang dijalankan, polis menyerbu belakang rumah itu kira-kira pukul 1 pagi tadi sebelum menahan lelaki berusia 37 dan 47 tahun itu.
"Dua lelaki itu yang menyedari kehadiran polis telah bertindak mencampakkan satu bungkusan surat khabar ke atas tanah dan cuba melarikan diri namun mereka berjaya kami tahan.
"Pemeriksaan mendapati bungkusan yang dibuang itu adalah heroin seberat 573.4 gram dan polis turut menemui 6.8gm syabu bersama mereka. Semua dadah berkenaan bernilai RM11,000," katanya di sini hari ini.
Katanya berdasarkan siasatan awal, mereka merupakan anggota sindiket pengedaran dadah yang aktif sejak tahun lepas dan pasaran mereka adalah sekitar daerah SPT.
Nik Ros Azhan berkata lelaki berusia 47 tahun itu mendapatkan bekalan berkenaan daripada seorang lelaki di Perai dan identiti lelaki tersebut telah dikenalpasti serta usaha mengesannya giat dijalankan.
Katanya polis juga merampas dua buah motosikal jenis Honda Ex5 dan Modenas Kriss serta wang tunai sebanyak RM2,110 bersama dua lelaki itu.
"Berdasarkan siasatan, rumah itu didiami lelaki berusia 47 tahun berkenaan bersama keluarganya dan dia yang tidak bekerja itu mempunyai 11 rekod lampau berkaitan jenayah serta dadah.
"Manakala rakannya merupakan penternak lembu serta mempunyai 13 rekod lampau. Mereka yang positif dadah itu kini direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan dan kes berkenaan disiasat menurut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Dadah
#jenayah
#Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid
#polis
#Seberang Perai
#siasatan
#Syabu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan