TUMPAT: Tindakan dua lelaki untuk menyeludup 595 kilogram (kg) minyak masak peket semasa umat Islam sedang bertarawih gagal selepas diserbu anggota penguat kuasa di Kampung Telaga Bata di sini pada Ahad.
Dalam serbuan jam 9 malam itu, kedua-dua suspek bertindak meninggalkan kereta jenis Proton Saga BLM yang sarat dengan barangan kawalan terbabit selepas menyedari kehadiran anggota penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan serta Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga, Pengkalan Kubor, Tumpat.
Pengarah KPDN, Azman Ismail berkata, bertindak atas maklumat risikan anggota bertugas telah mengekori sebuah kereta yang disyaki mengangkut minyak masak peket dari arah Kota Bharu menghala ke Tumpat.
"Menyedari diekori, pemandu kenderaan terbabit kemudian memecut kenderaannya memasuki bulatan Pasir Pekan menghala ke Cabang Empat Tok Mek Ngah.
"Setiba di Kampung Telaga Bata, kereta terbabit telah masuk ke laluan di tepi tali air dan kemudian terbabas serta tersangkut dalam semak," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Menurut beliau, dua lelaki kemudian telah bertindak keluar dari kereta dan melarikan diri ke kawasan semak berhampiran serta gagal dikesan.
Ujarnya, pemeriksaan lanjut di dalam kereta berkenaan telah menemui muatan minyak masak peket bersubsidi seberat 595 kg di dalam kereta terbabit.
Azman memberitahu, nilai rampasan keseluruhan termasuk kereta dianggarkan berjumlah RM11,487.50 dan kes akan disiasat bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.
"KPDN Kelantan memberikan amaran keras kepada mana-mana individu yang menjalankan aktiviti yang tidak bermoral ini, seterusnya tindakan tegas akan diambil tanpa kompromi.
"Dalam masa yang sama juga Penguat Kuasa KPDN Kelantan sentiasa mempergiatkan lagi usaha dengan mengadakan Ops Tiris dan Pemantauan Rondaan Pencegahan Penyelewengan Subsidi di sekitar sempadan negara dari masa ke semasa," katanya. -- Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Apr 03 2023
Dalam serbuan jam 9 malam itu, kedua-dua suspek bertindak meninggalkan kereta jenis Proton Saga BLM yang sarat dengan barangan kawalan terbabit.- Sinar Harian
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Polis tahan dua penganggur cuba seludup minyak masak, gula ke Thailand
Polis menahan dua lelaki bersama minyak masak dan gula yang cuba diseludup ke negara jiran Thailand, semalam.
Dua lelaki gagal seludup minyak masak peket masa tarawih
Tindakan dua lelaki untuk menyeludup 595 kilogram minyak masak peket semasa umat Islam sedang bertarawih gagal selepas diserbu anggota penguat kuasa.
Enam individu termasuk penjawat awam ditahan didakwa terima rasuah RM20,000
Semua suspek ditahan jam 10 malam kerana dipercayai meminta wang rasuah kira-kira RM20,000 daripada seorang individu.
KPDNHEP perhebat penguatkuasaan, bendung seludup minyak masak ke negara jiran
KPDNHEP akan memperhebat aktiviti penguatkuasaan bagi membendung jenayah penyeludupan dan penyelewengan minyak masak bersubsidi ke negara jiran.
'Minyak masak subsidi banyak dijual di selatan Thailand'
Di Narathiwat, Sungai Golok, Weng, Sungai Padi tiada pembelian dihadkan untuk minyak masak peket satu kilogram.
APMM patah cubaan seludup lebih 1,000 paket minyak masak ke negara jiran
Anggota bertugas dalam Op Pluto Timur diatur gerak ke lokasi selepas menerima maklumat dari unit perisikan maritim.