Dua lelaki maut manakala dua lagi cedera parah selepas ditembak ketika berhenti di lampu isyarat persimpangan Bukit Tambun, di sini malam tadi.
Kedua-dua lelaki itu mati ketika dirawat di Hospital Seberang Jaya dan hasil siasatan awal polis mendapati mereka mempunyai beberapa rekod jenayah.
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata keempat-empat lelaki itu ditembak selepas pulang daripada majlis perkahwinan saudara mereka di sebuah dewan kira-kira 150 meter dari tempat kejadian.
"Mereka yang menaiki sebuah kenderaan jenis Toyota Hilux datang dari Melaka. Ketika berhenti di persimpangan lampu isyarat itu kira-kira pukul 10.30 malam, sebuah motosikal dinaiki dua lelaki menghampiri kenderaan mereka dan melepaskan beberapa das tembakan dari arah kiri ke kanan," katanya.
Bercakap kepada pemberita di tempat kejadian, di sini awal pagi ini, Abdul Rahim berkata mereka yang ditembak itu berusia antara 28 dan 60 tahun.
"Dua lelaki yang mati itu berusia 28 dan 40 tahun manakala dua yang cedera parah kini dirawat di Hospital Seberang Jaya," katanya.
Abdul Rahim berkata polis menemui empat kelongsong peluru di tempat kejadian dan percaya suspek menggunakan pistol jenis automatik.
Beliau berkata siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian dan polis tidak menolak kemungkinan ia berkaitan perniagaan.
"Saya meminta orang ramai atau saksi yang melihat kejadian itu agar menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan," katanya.
Bernama
Mon May 13 2013


PM Anwar hadir program Ihya Ramadan di KKDW
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa menghadiri program Ihya Ramadan anjuran Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah.

Akta 555 memadai untuk kekang kegiatan sijil palsu - Zambry
Tiada keperluan untuk meminda Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 (Akta 555) bagi mengekang kegiatan pengurniaan sijil akademik palsu.

Ibu bapa Zayn Rayyan tidak mengaku salah atas pertuduhan pindaan abai kanak-kanak
Ibu bapa kepada kanak-kanak autistik yang dibunuh, Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, atas pertuduhan pindaan.

Indikator Ekonomi MADANI catat pencapaian positif - Dr Zaliha
Indikator yang menentukan kejayaan kerangka Ekonomi MADANI telah menunjukkan pencapaian positif setakat ini, kata Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa.

Cubaan pindah khinzir disyaki dijangkiti demam babi Afrika gagal
Cubaan memindah keluar sejumlah khinzir yang disyaki dijangkiti penyakit demam babi Afrika (ASF) dari daerah Sepang berjaya dipatahkan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Selangor (DVS Selangor).

Malaysia ada tempat istimewa di hati penduduk Gaza - Mahasiswa Palestin
Pelajar Gaza di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Asim S. M. Alamssi, berkongsi perasaan mendalam terhadap Malaysia yang dihargai oleh penduduk Gaza.
Perisikan Jerman: COVID-19 mungkin bocor dari makmal Wuhan
Pada tahun 2020, Agensi Perisikan Asing Jerman (BND) menganggarkan dengan kebarangkalian 80 hingga 90 peratus bahawa koronavirus yang mencetuskan pandemik COVID-19 telah dilepaskan secara tidak sengaja dari Institut Virologi Wuhan di China. Menurut laporan media tempatan Jerman, BND mempunyai petunjuk mengenai eksperimen "gain-of-function" di institut tersebut.

5,272 belia bankrap sejak 2020
Sebanyak 5,272 belia berusia 34 tahun ke bawah telah diisytiharkan muflis sejak 2020 hingga tahun ini, kata Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh.
Mark Carney angkat sumpah PM baharu Kanada Jumaat ini
Mark Carney akan mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Kanada pada hari Jumaat, menggantikan Justin Trudeau. Beliau mengambil alih kepimpinan ketika Kanada berdepan perang perdagangan dengan AS dan persiapan pilihan raya.
Api kuali musnahkan khemah peniaga Bazar Ramadan
Insiden yang berlaku sekitar jam 5 petang itu tular di TikTok, menunjukkan khemah jualannya musnah dalam kebakaran.
Walaupun dalam keadaan panik, peniaga dikenali Alif itu sempat menyelamatkan diri.
Walaupun dalam keadaan panik, peniaga dikenali Alif itu sempat menyelamatkan diri.

Larangan kenderaan berat di Bukit Tambun mulai 3 Feb 2025
Pelaksanaan larangan kenderaan berat itu adalah untuk mengurangkan kesesakan dan meningkatkan kelancaran lalu lintas di Jalan Bukit Tambun pada waktu puncak.

Kemenangan ke atas Bukit Tambun kembalikan keyakinan KDA FC
Kemenangan ke atas Bukit Tambun FC dalam saingan Piala FA malam tadi dilihat mampu mengembalikan keyakinan pemain Kedah Darul Aman FC (KDA FC) bagi menghadapi perlawanan seterusnya.

Polis bongkar makmal proses dadah, tahan tujuh lelaki
Polis membongkar makmal memproses dadah di sebuah kondominium mewah di Bukit Tambun, Simpang Ampat.

Cadang diskaun 20 peratus tol jambatan kedua kepada penduduk P.Pinang
Seorang wakil rakyat kerajaan hari ini mencadangkan agar diskaun sebanyak 20 peratus diberikan kepada penduduk Pulau Pinang di tol Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (JSAHMS).

13 cedera dalam kemalangan 4 kenderaan
Kemalangan jam 8.55 pagi itu melibatkan dua buah kereta jenis MPV Ssang Yong dan Honda Civic, sebuah lori treler dan sebuah van.

Pemandu bas ekspres mengaku tidak bersalah sebabkan kematian
Seorang pemandu bas ekspres mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Jawi terhadap pertuduhan memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian seorang wanita, semalam.