awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
BISNES
Harga runcit RON95 kekal, RON97 naik tujuh sen
DUNIA
Tehran hilang kepercayaan terhadap Washington, yakin negara Arab tolak serangan AS dari wilayah mereka
MALAYSIA
Amang seksual: Pelajar tahfiz dikenakan bon berkelakuan baik dua tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

Dua lelaki maut ditembak di depan pusat beli-belah

Sinar Harian
Sinar Harian
17/06/2025
03:55 MYT
Dua lelaki maut ditembak di depan pusat beli-belah
Keadaan di lokasi dua lelaki ditembak di depan pusat beli Dua lelaki maut ditembak di depan pusat beli-belah di Cheras, malam tadi.
KUALA LUMPUR: Dua lelaki maut selepas ditembak sekumpulan suspek di hadapan lobi sebuah kompleks beli-belah di Jalan Loke Yew, Cheras, tengah malam tadi.

Ringkasan AI
  • Dua lelaki ditembak mati oleh sekumpulan suspek di hadapan kompleks beli-belah di Jalan Loke Yew, Cheras, sekitar jam 12.15 tengah malam.
  • Suspek melarikan diri menaiki kereta Perodua Alza selepas melepaskan tembakan. Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
  • Polis sedang menyiasat kes ini di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan sedang mengumpul maklumat daripada saksi serta rakaman CCTV.

Kejadian berlaku kira-kira jam 12.15 tengah malam ketika kedua-dua mangsa dilaporkan sedang menuju ke arah kereta yang diparkir di perkarangan pusat beli-belah berkenaan.
Menurut saksi, sekumpulan lelaki yang memakai topi keledar secara tiba-tiba berlari ke arah kedua-dua mangsa.
"Suspek kemudian melepaskan beberapa das tembakan ke arah mangsa sehingga kedua-dua mereka terbaring berlumuran darah," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.
Kumpulan lelaki terbabit kemudiannya melarikan diri menaiki sebuah kereta jenis Perodua Alza.
"Kedua-dua mangsa yang ditembak itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," tambahnya.
Sementara itu, tinjauan Sinar Harian di lokasi mendapati mayat kedua-dua mangsa terbaring di hadapan kenderaan mereka.
Pada masa sama, sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kontinjen Kuala Lumpur dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras dengan bantuan Unit Forensik Polis menjalankan siasatan di lokasi kejadian.
Berdasarkan maklumat awal, kedua-dua mangsa dipercayai berusia dalam lingkungan 40-an dan berasal dari Sibu, Sarawak.
Polis Kontinjen Kuala Lumpur kini sedang mengumpul maklumat daripada saksi kejadian serta rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan sekitar bagi mengenal pasti identiti suspek.
Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan polis dijangka mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung kejadian ini dalam masa terdekat. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Kes Tembak
#tembak depan mall
#PDRM
#kes tembak Cheras
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami