awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penilai bebas sahkan sistem aerotren KLIA berfungsi ikut perancangan
Parti PM Takaichi dijangka capai kemenangan besar
Kendrick Lamar pecah rekod dengan 26 kemenangan Grammy
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua lelaki maut, dua lagi cedera kereta bertembung lori

Sinar Harian
Sinar Harian
29/12/2023
01:40 MYT
Dua lelaki maut, dua lagi cedera kereta bertembung lori
Pasukan bomba melakukan operasi mengeluarkan mangsa yang terlibat dalam kemalangan di Jalan Kimanis-Keningau, Batu 16, Kimanis, Papar tengah malam tadi. - Foto Sinar Harian
PAPAR: Dua lelaki maut manakala dua lagi cedera termasuk seorang bayi selepas kenderaan yang mereka naiki bertembung dengan sebuah lori dalam kejadian di Jalan Kimanis-Keningau Batu 16 Kimanis dekat sini pada tengah malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah malam itu, Mohd Izuddin Abu Hassan, 32, dan Mohd Kasim Labadillah, 33, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Dua lagi mangsa iaitu seorang wanita mengalami kecederaan parah dan bayinya turut cedera dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BNP) Kimanis Mohd Johainin Ruslan berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 12.59 tengah malam dan enam anggota dikejar ke lokasi kejadian yang terletak sejauh 12 kilometer.
Menurutnya, kemalangan melibatkan dua kenderaan yang bertembung iaitu kereta jenis Proton Persona dan sebuah lori tiga tan.
"Terdapat empat mangsa terlibat di dalam Proton Persona di mana seorang wanita yang cedera parah dan bayinya telah dikeluarkan oleh orang awam dan dihantar ke hospital sebelum pasukan bomba tiba di lokasi.
"Dua lagi mangsa iaitu pemandu dan penumpang di hadapan tersepit sebelum dikeluarkan oleh pasukan bomba dengan menggunakan peralatan khas, namun kedua-duanya disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan," katanya ketika dihubungi hari ini.
Beliau berkata, pemandu lori bersama seorang penumpangnya tidak mengalami sebarang kecederaan.
"Sementara itu, mayat kedua-dua mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
"Operasi kemudiannya ditamatkan pada jam 3.15 pagi selepas pasukannya memastikan tiada bahaya lain wujud di lokasi kejadian," katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#kemalangan jalan raya
#Jalan Kimanis-Keningau
#Papar
#bayi meninggal kemalangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan