BUTTERWORTH: Tindakan dua lelaki menipu dengan membuat tuntutan palsu tuntutan insurans sebanyak RM500,000 pada April 2019 membawa padah apabila mereka didakwa di Mahkamah Munisipal Seberang Perai di sini, hari ini.
Kedua-dua tertuduh, Muhammad Akmal Aliff Omar, 29, dan Muhamad Rizal Ahmad, 34, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadap mereka di hadapan Penolong Pendaftar Mahkamah Butterworth, Nigel Jirin.
Mengikut pertuduhan, kedua-dua mereka secara bersama telah menipu syarikat The Pacific Insurance Bhd. yang mendorong syarikat itu untuk membuat bayaran tuntutan insurans sebanyak RM500,000 atas tuntutan kemalangan yang tidak wujud.
Mereka didakwa melakukan kesalahan itu pada 4 April 2019 di The Pacific Insurance Bhd., 40-01, Q Sentral, 2A, Jalan Steen Sentral 2, Kuala Lumpur.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan tersebut mengikut Seksyen 417 atau Seksyen 511 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 34 kanun sama.
Jika disabitkan kesalahan, mereka boleh dipenjara sehingga 10 tahun atau denda atau kedua-dua sekali.
Mengikut fakta kes, Muhamad Akmal membuat tuntutan insurans mendakwa Muhamad Rizal telah melanggarnya semasa menunggang motosikal di KM 161.5 Lebuh Raya Utara Selatan sehingga menyebabkan tangan kirinya putus sehingga ke paras bahu.
Bagaimanapun, menerusi hasil siasatan yang dilakukan syarikat yang dilantik pihak insurans, mereka mendapati tiada kemalangan berlaku melibatkan motosikal dan kereta sebaliknya Muhamad Akmal terbabas sendiri dan melanggar penghadang jalan sehingga menyebabkan tangan kirinya putus.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nurameera Shahrul Azrin, manakala Muhammad Akmal Aliff dan Muhamad Rizal tidak diwakili peguam.
Mahkamah membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin masing-masing sebanyak RM3,000 beserta seorang penjamin.
Kes akan disebut semula pada 8 November ini.
Dewi Nur Harasha Alias
Fri Nov 05 2021
Muhammad Akmal Aliff Omar (dua dari kanan) dan Muhamad Rizal Ahmad (dua dari kiri) tiba di Mahkamah Munisipal Butterworth pagi tadi. Kedua-dua mereka mengaku bersalah atas pertuduhan membuat tuntutan palsu insurans. - Gambar Astro AWANI
Google Maps mungkin guna rakaman dashcam untuk kemas kini data pemetaan
Menurut Google, pihaknya bekerjasama dengan beberapa pengeluar perakam kereta yang mengumpul dan menyimpan data rakaman pengguna.
Razman Zakaria mohon maaf kepada Nga Kor Ming
Razman mengaku terkhilaf dan terkeliru antara dua program yang dirasmikan oleh Nga pada 13 Sept dan 24 Okt melibatkan insiden kibaran bendera negara China.
Heritage Buildings: Preserve or progress?
Heritage buildings hold the echoes of our history and the soul of our identity. Yet, as modern cities expand, the pressure mounts to either preserve or redevelop? Here to guide us through this conversation is Director of Research at Rahim & Co International Sdn Bhd, Sr. Sulaiman Saheh.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
AWANI Ringkas: Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[KRONOLOGI] Konflik Syria
Berikut adalah info berkenaan dengan kronologi Konflik di Syria.
Dua lelaki mengaku bersalah buat tuntutan palsu insurans RM500,000
Kedua-dua mereka membuat tuntutan insurans sebanyak RM500,000 atas tuntutan kemalangan yang tidak wujud.