Dua lelaki yang dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini mengaku tidak bersalah atas tuduhan terlibat dalam satu rusuhan di Jalan Mesra, Pandamaran Pelabuhan Klang pada hari pengundian pilihan raya umum ke-13 Ahad lepas.
Lim Siong Kuan, 32, dan Yap Kwee Heng, 36, bersama beberapa orang lagi yang masih bebas, didakwa terlibat dalam rusuhan dan memiliki topi keledar serta besi yang digunakan sebagai senjata untuk memecahkan cermin sebuah bas syarikat City Liner Sdn Bhd pada pukul 4.30 petang, 5 Mei lepas.
Lim dan Yap dituduh mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Yap juga didakwa melakukan khianat pada tempat dan waktu yang sama iaitu memecahkan cermin bas City Liner itu yang mengakibatkan kerugian RM5,000.
Pertuduhan dibuat menurut Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Timbalan Pendakwa Raya Farah Wahida Md Noor meminta mahkamah mengenakan ikat
jamin RM5,000 bagi setiap pertuduhan bagi Yap dan RM5,000 bagi Lim.
Bagaimanapun, kedua-dua mereka, yang diwakili peguam R.Ramesh memohon mahkamah mengurangkan wang jaminan itu bagi memastikan tertuduh hadir ke mahkamah dan mahkamah boleh mengarahkan mereka melaporkan diri di balai polis berdekatan dalam tempoh tertentu.
Beliau berkata Yap yang telah berkahwin dan mempunyai tiga anak bekerja sebagai juruteknik penyaman udara dengan pendapatan bulanan RM3,000 manakala Lim juga telah berkahwin dan mempunyai tiga anak merupakan seorang peniaga peralatan sembahyang dengan pendapatan bulanan antara RM3,000 dan RM4,000.
Ramesh memohon jaminan RM1,000 bagi setiap tertuduh dan tertuduh telah memberikan kerjasama kepada polis dalam sisatan.
Bagaimanapun, Farah Wahida berkata jaminan terlalu rendah tidak dapat menjamin kehadiran tertuduh di mahkamah.
Majistret Maslina Mohamed kemudian menetapkan jaminan RM3,000 bagi pertuduhan ke atas Yap mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan RM2,000 bagi setiap tertuduh untuk kes menurut Seksyen 148 kanun yang sama selain perlu melaporkan diri di balai polis berhampiran setiap minggu.
Beliau juga menetapkan tarikh sebutan semula kes itu pada 19 Jun ini.
Bernama
Fri May 10 2013
AWANI 7:45 [27/04/2024] - Siasatan sama ada Tun M salah guna kuasa | Jangkaan persaingan sengit | FFC umum tangguh misi | Mesyuarat khas dua hari
#AWANI745 malam ini bersama Dzulfitri Yusof;
1. Mokhzani dan Mirzan nafi disiasat SPRM
2. Pertandingan empat penjuru, PRK Kuala Kubu Baharu
3. Freedom Flotilla To Gaza ditangguh, delegasi dunia pulang
4. Mesyuarat Khas WEF berlangsung di Arab Saudi, ketika suhu geopolitik semakin panas
1. Mokhzani dan Mirzan nafi disiasat SPRM
2. Pertandingan empat penjuru, PRK Kuala Kubu Baharu
3. Freedom Flotilla To Gaza ditangguh, delegasi dunia pulang
4. Mesyuarat Khas WEF berlangsung di Arab Saudi, ketika suhu geopolitik semakin panas
Budak lima tahun cedera jatuh dari tingkat tiga flat
Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun cedera selepas dipercayai terjatuh dari tingkat tiga rumahnya di Flat Taman College Height pada Sabtu.
AWANI Ringkas: Kasino di Forest City
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Hamas sudah terima maklum balas Israel mengenai cadangan gencatan senjata
Gesaan dari seluruh dunia untuk satu gencatan senjata semakin meningkat dengan serangan ke atas Gaza kini memasuki bulan ketujuh.
World Economic Forum berbeza dari kelaziman
Lazimnya World Economic Forum (WEF) akan berlangsung setiap musim sejuk di Davos, Switzerland, lokasi lahirnya forum berprestij dunia ini sejak lebih lebih dekad lalu.
Dalam tempoh kira-kira tiga bulan, WEF keluar dari kelazimannya dengan menganjurkan mesyuarat khas dua hari, 28 hingga 29 April 2024 di Riyadh, Arab Saudi.
Ia memberi isyarat, kepentingan kestabilan rantau Asia Barat atau timur tengah ini, bukan perakara main-main.
#AWANI745
Dalam tempoh kira-kira tiga bulan, WEF keluar dari kelazimannya dengan menganjurkan mesyuarat khas dua hari, 28 hingga 29 April 2024 di Riyadh, Arab Saudi.
Ia memberi isyarat, kepentingan kestabilan rantau Asia Barat atau timur tengah ini, bukan perakara main-main.
#AWANI745
Pemain Astro Kem Badminton 2024 berpeluang berlatih di bawah jurulatih BAM
Wan Wah menjelaskan pemain-pemain yang dipilih akan menjalani latihan intensif itu di Akademi Badminton Malaysia (ABM).
#AWANI745
#AWANI745
PRK Kuala Kubu Baharu: Pengundi perlu pilih kestabilan - Fadillah
Fadillah berkata beliau percaya pengundi di kawasan tersebut, boleh membuat keputusan terbaik untuk menentukan calon paling layak untuk mewakili mereka.
Liga Parlimen Al-Quds: Malaysia gesa satu resolusi penyelesaian isu Palestin dapat dicapai
Malaysia antara lain mendesak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) meluluskan resolusi menghantar tentera pengaman ke Palestin.
Palestin perlukan 14 tahun untuk dibangunkan semula
Jumlah besar runtuhan akibat serangan dilakukan tentera Israel di Semenanjung Gaza mengambil tempoh sekurang-kurangnya 14 tahun untuk dibersihkan.
#AWANI745
#AWANI745
Delegasi seluruh dunia pulang selepas misi ditangguh
Delegasi seluruh dunia dan Malaysia dijangka bergerak pulang ke negara masing-masing dalam waktu terdekat.
Ia selepas Freedom Flotilla Coalition (FFC) mengumumkan penangguhan terbaharu misi Break the Siege Freedom Flotilla to Gaza pada Sabtu.
Rakan setugas Syaff Shukri dan jurukamera Ab Uzza Ab Latiff ada perinciannya.
#AWANI745
Ia selepas Freedom Flotilla Coalition (FFC) mengumumkan penangguhan terbaharu misi Break the Siege Freedom Flotilla to Gaza pada Sabtu.
Rakan setugas Syaff Shukri dan jurukamera Ab Uzza Ab Latiff ada perinciannya.
#AWANI745
Dua lelaki mengaku tidak bersalah merusuh pada hari pengundian
Dua lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret Klang kerana terlibat dalam satu rusuhan pada hari pengundian pilihan raya umum.