KAJANG:Tindakan dua lelaki memakai seragam dengan mempamerkan jata negara dan pangkat milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang tular menerusi media sosial baru-baru ini, membawa padah apabila masing-masing didenda RM5,500 dan RM500 oleh dua Mahkamah Majistret di sini semalam.
Yang Dipertua Pertubuhan Pencegahan Jenayah dan Dadah Malaysia (PDJM) Roshazreel Roslan didenda RM5,000 atau penjara sebulan bagi kesalahan mempamer jata negara dan pangkat milik PDRM.
Sementara bagi kesalahan memakai pakaian seragam PDJM yang menunjukkan tertuduh seorang anggota pasukan untuk menjalankan tugas-tugas PDRM tanpa kebenaran, dia dan ahli pertubuhannya, Usmaluddin Shah Kamalsjah masing-masing didenda RM500 atau sebulan penjara.
Majistret Muhammad Noor Firdaus Rosli dan Majistret Syahrul Sazly Md Sain menjatuhkan hukuman itu selepas kedua-dua tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan berkenaan.
Di hadapan Muhammad Noor Firdaus, Roshazreel, 46, didakwa memiliki pakaian yang mempamerkan jata dan pangkat-pangkat milik pasukan PDRM yang tidak mendapat pengiktirafan dan kebenaran menggunakannya di sekitar kawasan Kajang pada 1 tengah hari, 29 Jan lepas.
Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 3 (1) (a) Akta Lambang dan Nama (mencegah penggunaan tidak wajar) 1963 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 5 akta sama, yang membawa hukuman denda maksimum RM20,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Hairuliqram Hairuddin memohon hukuman setimpal atas alasan tertuduh seharusnya peka kepada undang-undang kerana ia melibatkan pakaian seragam 'frontliners' di Malaysia.
Tertuduh pula merayu hukuman denda paling minimum kerana pendapatannya berkurangan semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan perlu menanggung isteri serta seorang anak berumur 16 tahun.
Sementara di hadapan Syahrul Sazly, kedua-dua lelaki itu didakwa tanpa kebenaran mana-mana pegawai pemerintah secara haram memakai seragam yang menunjukkan dia seorang anggota pasukan untuk menjalankan tugas-tugas PDRM di lokasi, masa dan tarikh yang sama.
Kesalahan dilakukan mengikut Seksyen 89 (c) Akta Polis 1967 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 94 akta sama dan dibacakan bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman denda maksimum RM500 atau penjara maksimum enam bulan atau kedua-duanya.
Timbalan Pendakwa Raya Siti Nur Liyana Mohd Sulaiman memohon hukuman setimpal bagi memberi pengajaran kepada tertuduh dengan mengambil kira kesalahan itu serius kerana ia mengelirukan masyarakat secara amnya dan mengganggu-gugat imej baik PDRM, selain kes itu tular dalam media sosial.
Berdasarkan fakta kes, pada 29 Jan, pengadu (polis) yang berada di Pejabat Bahagian Pencegahan dan Keselamatan Komuniti Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang menerima mesej menerusi aplikasi WhatsApp memaklumkan kedua-dua lelaki berpakaian PDJM membuat rondaan di sekitar kawasan Kajang tanpa seliaan pihak polis.
Siasatan lanjut mendapati mereka menggunakan pakaian seragam itu untuk menjalankan rondaan, dan tidak mendapat kebenaran daripada mana-mana pegawai pemerintah PDRM.
Media sebelum ini melaporkan siasatan polis mendapati video tindakan kedua-dua lelaki itu yang berpakaian seragam menyerupai pasukan keselamatan itu tanpa kebenaran, tular menerusi media sosial.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 05 2021

Timbalan Pendakwa Raya memohon hukuman setimpal bagi memberi pengajaran kepada tertuduh dengan mengambil kira kesalahan itu sebagai serius.

Runtuhan Lombong | Lima masih hilang, operasi pencarian diteruskan
Beberapa individu tertimbus dalam runtuhan di sebuah lombong haram di Kepulauan Sulawesi, Indonesia pada Khamis. Dalam kejadian yang berlaku di daerah Parigi Moutong di Sulawesi Tengah, 15 individu berjaya diselamatkan. Tiga bagaimanapun menemui ajal.

Bakat Luar Biasa | Harimau menyanyi jadi tarikan orang ramai di zoo
Seekor anak harimau di sebuah zoo di bandar Barnaul, Siberia kini mempunyai peminat di seluruh rusia apabila sebuah video seolah-olah haiwan itu menyanyi tersebar di media sosial. Menerusi paparan video itu, harimau berusia 10 bulan itu mengeluarkan alunan suara unik seakan-akan menyanyi.

Individu ingkar SOP COVID-19 berdepan denda RM10,000 mulai 11 Mac 2021
Individu yang melanggar peraturan atau prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan bagi pencegahan dan kawalan pandemik COVID-19 berdepan hukuman denda maksimum RM10,000 mulai 11 Mac 2021.

No To Lanun | Kehidupan seniman patut lebih senang jika…
Penggiat seni di Malaysia sepatutnya boleh menjalani hidup dengan selesa, malah ramai juga yang mampu bergelar jutawan. Namun perkara itu tidak terjadi kerana hak dan kebajikan mereka tidak dijaga seperti sepatutnya.

Tidak wajar arah pelajar duduki semula peperiksaan - PAGE
Setiausaha Kehormat, Persatuan Ibu Bapa Untuk Pendidikan Malaysia (PAGE), Tunku Munawirah Putra mengesyorkan agar kesemua 401,105 calon SPM diberi markah lulus dan tiada keperluan untuk menduduki semula kertas peperiksaan tersebut.

Barisan Nasional | MIC akan bincang kerjasama Bersatu dengan BN
MIC akan berbincang dengan kepimpinan Barisan Nasional (BN) sama ada akan mempertahan atau menamatkan kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Kebakaran Hutan | Kawasan hutan ke Cameron Highlands terbakar
Lebih 12 hektar kawasan hutan di jalan Simpang Pulai - Cameron Highlands dekat Kampung Chindu terbakar pada petang Khamis. Menurut Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Perak, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada jam 5 petang.

Vaksin COVID-19 | Tiada kesan sampingan setakat ini - PM
Memasuki hari kedua sejak mendapat suntikan vaksin COVID-19, Pfizer-BioNTech pada Rabu lalu. Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, memaklumkan keadaannya setakat ini baik-baik sahaja. Malah, tiada kesan sampingan dan membuktikan vaksin yang diterima selamat dan diyakini berkesan.

Selepas 24 jam... "Alhamdulillah, tiada gejala langsung" - Dr Noor Hisham
"Alhamdulillah, tiada gejala langsung," itu respon Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah kepada Astro AWANI selepas 24 jam beliau disuntik vaksin COVID-19. Malah, Ketua Pengarah Kesihatan itu turut akui tidak mengalami sebarang gejala dan boleh melaksanakan tugasnya seperti biasa.

Pekerja Asing | 294 majikan di Kedah gagal sedia penginapan sesuai
Seramai 294 majikan di Kedah dikesan melakukan pelbagai kesalahan melibatkan penyediaan penginapan yang sesuai kepada pekerja dalam operasi taskforce COVID-19. Antara kesalahan yang dilakukan adalah pekerja dipaksa tinggal di ruang sesak dan tidak selesa selain menempatkan pekerja asing berbeza jantina didalam bilik penginapan yang sama.

Keputusan Mahkamah Persekutuan buka ruang cabar peruntukan jenayah Islam - Pembela
Pembela berkata Menteri Undang-undang perlu melihat balik perlembagaan dan mengemukakan pindaan supaya undang-undang ini tidak dicabar lagi pada masa depan.

Bicara kes pengubahan wang, elak cukai Rosmah Mansor bermula November
Rosmah berdepan 12 pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM7,097,750, serta lima pertuduhan gagal menyerahkan penyata pendapatan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Isu fitnah: Bicara kes saman Vivy Yusof pada 11 Ogos
Pada 15 Jun tahun lepas, Vivy, 34, memfailkan saman itu menerusi Tetuan Foong Cheng Leong & Co dengan menamakan Alia, 29, selaku defendan tunggal.

Jurukimpal didakwa rogol remaja sampai lahir anak
Mangsa yang dirogol oleh tertuduh telah melahirkan anak yang kini sudah berusia seminggu dan akan menyambung pelajaran selepas habis pantang.

Tahanan Myanmar dihantar pulang tanpa penilaian risiko - Pakar PBB
Menurut pakar-pakar PBB, proses identifikasi terhadap perlindungan tahanan Myanmar tidak dilakukan secukupnya sekali gus mendedahkan mereka kepada risiko eksploitasi.

Menyusuri Kuasa Negeri dan Persekutuan pasca penghakiman Mahkamah Persekutuan
Penghakiman hari ini jika diteliti tidak langsung memberikan hak atau kebebasan kepada mana-mana pihak untuk bebas mengamalkan ajaran seks songsang dalam mana-mana inci ruang negara kita.

Undang-undang syariah seks luar tabii Selangor tidak sah - Mahkamah Persekutuan
Mahkamah Persekutuan membenarkan usul dikemukakan seorang lelaki berusia 35 tahun yang didakwa di Mahkamah Tinggi Syariah Selangor pada 21 Ogos 2019 atas tuduhan cuba melakukan seks luar tabii.

Penolong pegawai seni bina dipenjara sehari, denda RM20,000 terima rasuah
Hakim Mahkamah Sesyen Butterworth, Ahmad Zahari Abdul Hamid membuat keputusan itu terhadap Zamira Juneed, 38, selepas dia mengaku bersalah atas lima pertuduhan dibacakan terhadapnya.

Padah hantar gambar lucah, peniaga didenda RM8,000
Hakim Noor Aini Yusof menjatuhkan hukuman itu terhadap Chang Yoon Siong, 31, selepas dia mengaku bersalah.

Penjual air tebu didakwa 64 pertuduhan sumbang mahram, rogol
Tertuduh yang berusia 42 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas jurubahasa mengambil masa dua jam untuk membacakan kesemua pertuduhan berkenaan di hadapan Hakim Datin M Kunasundary.