PUTRAJAYA: Dua lelaki terlepas daripada hukuman gantung hari ini selepas pertuduhan mengedar dadah dihadapi mereka dipinda kepada memiliki dadah.
Chow Kum Yuen, 37, dijatuhi hukuman penjara 18 tahun dan 20 sebatan manakala S.Inthiran, 31, dikenakan hukuman penjara 12 tahun dan 10 sebatan selepas mereka mengaku bersalah di hadapan panel tiga hakim di Mahkamah Persekutuan terhadap pertuduhan memiliki dadah.
Kes kedua-dua lelaki itu didengar secara berasingan hari ini oleh panel yang terdiri daripada Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat dan hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Harmindar Singh Dhaliwal dan Datuk Rhodzariah Bujang.
Mahkamah mengetepikan sabitan dan hukuman mati terhadap mereka bagi kesalahan mengedar dadah dan menggantikannya dengan pertuduhan memiliki dadah.
Ini selepas peguam Datuk Hisyam Teh Poh Teik yang mewakili Chow dan peguam Inthiran Datuk Baljit Singh mewakili Inthiran, masing-masing memberitahu mahkamah bahawa Jabatan Peguam Negara (AGC) telah menerima representasi mereka supaya pertuduhan mengedar dadah digantikan kepada pemilikan yang disahkan oleh Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Mohd Amril Johari yang hadir bagi pihak pendakwaan dalam kes Chow serta DPP Parvin Hameedah Natchiar mewakili pendakwaan bagi kes Inthiran.
Chow, seorang mekanik, mengaku bersalah terhadap empat pertuduhan memiliki 163.6 gram nimetazepam, 1819.61 gram ekstasi, 163.71 gram Methamphetamine dan 482.96 gram ketamin di sebuah rumah di Jalan Desa Mesra, Jalan Kelang, Taman Desa, di sini, pada 18 April 2017.
Pada 22 Nov 2019, Mahkamah Tinggi mendapati Chow bersalah atas empat pertuduhan mengedar dadah dan menjatuhkan hukuman mati. Mahkamah juga mendapati dia bersalah atas pertuduhan memiliki 51.80 gram ganja dan telah menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan 10 sebatan.
Chow hanya merayu kepada Mahkamah Rayuan terhadap sabitan dan hukuman mati bagi kesalahan mengedar dadah tetapi rayuannya ditolak pada 9 Mac tahun lepas.
Hari ini, Tengku Maimun menjatuhkan hukuman penjara lima tahun bagi setiap pertuduhan terhadap Chow atas pertuduhan memiliki nimetazepam dan ketamin serta penjara 18 tahun dan 10 sebatan setiap seorang bagi dua pertuduhan lain.
Beliau memerintahkan hukuman itu berjalan serentak mulai 18 April 2017, tarikh Chow ditangkap.
Chow akan menerima 24 sebatan dan bukannya 30 sebatan kerana Seksyen 288 (5) Kanun Tatacara Jenayah menyatakan bahawa seseorang yang disabitkan dengan dua atau lebih kesalahan yang berbeza, hukuman sebat yang digabungkan oleh mahkamah untuk kesalahan tersebut tidak boleh melebihi 24 sebatan.
Sementara itu, Inthiran, pemandu lori, mengaku bersalah memiliki 2238.49 gram heroin di hadapan sebuah pasar mini di Jalan Desa Jaya 1, Taman Jana Jaya 11, Kamunting, Perak pada 29 Mac 2017.
Dia pada mulanya didapati bersalah mengedar dadah itu dan dijatuhkan hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi pada 6 April 2018. Rayuannya di Mahkamah Rayuan ditolak pada 10 Mac tahun lepas.
Tengku Maimun memerintahkan Inthiran menjalani hukuman penjara 12 tahun bermula dari tarikh dia ditangkap pada 29 Mac 2017 dan turut memerintahkan 10 sebatan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 07 2023
Mahkamah mengetepikan sabitan dan hukuman mati terhadap mereka bagi kesalahan mengedar dadah dan menggantikannya dengan pertuduhan memiliki dadah. -Gambar hiasan
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Fokus Minggu Depan: Masa depan Harimau Malaya dan saingan Kejohanan ASEAN
Ikuti kupasan Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM, Mohd Sadek Mustaffa berkenaan masa depan Harimau Malaya dibawah kendalian jurulatih baharu dan berdepan dengan saingan Kejohanan ASEAN.
Banjir: Johor, Pahang beransur pulih, Perak kekal
Situasi banjir di Johor dan Pahang semakin pulih apabila jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di kedua-dua negeri tersebut terus mencatatkan penurunan.
Farm Fresh hulur bantuan pasca banjir di Pantai Timur dan Utara
Farm Fresh Berhad, syarikat pengeluar tenusu tempatan terkemuka melancarkan misi bantuan pasca banjir bermula enam disember lalu untuk membantu mangsa banjir yang terjejas teruk di Kelantan, Terengganu dan Kedah.
KKDW akan laksana PKD Mobile mini di Sabah, Sarawak - Rubiah
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) akan melaksanakan program Pusat Komuniti Desa (PKD) Mobile mini di kawasan jauh jangkauan khususnya di Sabah dan Sarawak.
Johor peruntuk RM16.8 juta bantu 280,000 keluarga miskin dan B40
Johor memperuntukkan sebanyak RM16.8 juta bagi Program Bantuan Kasih Johor hasil daripada pendapatan yang mencecah RM2 bilion tahun ini.
KHM bimbang 26 konsert di Stadium Hoki Nasional ganggu latihan skuad negara
KHM melahirkan kebimbangan dengan rancangan untuk menganjurkan 26 konsert di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada tahun hadapan, yang dilihat boleh mendatangkan kesan kepada persiapan skuad negara.
Polis rakam keterangan ibu bapa, dua doktor
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata setakat ini seramai empat orang dirakam percakapan iaitu ibu bapa bayi dan dua orang doktor.
SAPP tarik diri daripada Perikatan Nasional
Yong berkata PN dilihat jelas ingin bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Sabah yang akan datang dan ia bertentangan dengan dasar SAPP yang menyatakan bahawa semua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah sepatutnya hanya ditandingi parti tempatan.
Sekurang-kurangnya tiga maut, 39 cedera dalam serangan bom di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan masih belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
Bekas tukang masak bunuh Nur Syuhada terlepas hukuman gantung
Bekas tukang masak yang didapati bersalah membunuh pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM) Pulau Pinang, Nur Syuhada Johari, 20, pada 2015 terlepas hukuman gantung sampai mati.
Tikam kekasih 76 kali: Bekas pengawal keselamatan terlepas tali gantung
Seorang bekas pengawal keselamatan yang didapati bersalah membunuh teman wanita dengan 76 tikaman terlepas hukuman gantung sampai mati.
Tembak mati pengawal keselamatan, dua terlepas hukuman gantung
Dua lelaki terlepas tali gantung apabila Mahkamah Persekutuan menggantikan hukuman mati yang dijatuhkan terhadap mereka dengan penjara.
Pembunuh Muntik Bani terlepas hukuman gantung
Seorang bekas penjual tebu yang membunuh pembantu rumah warganegara Indonesia, Muntik Bani terlepas hukuman gantung.
Dua bekas anggota polis terlepas hukuman gantung, diganti dengan penjara
Kedua-dua mereka yang dijatuhi hukuman penjara 18 tahun dan tiga bulan, diperintah menjalani hukuman penjara bermula dari penahanan mereka pada 22 Jan 2006.
Bunuh teman wanita: Hukuman mati banduan akhir diganti penjara 31 tahun
Seorang bekas tukang masak yang didapati bersalah membunuh teman wanita terlepas tali gantung setelah Mahkamah Persekutuan hari ini menggantikan hukuman itu kepada penjara 31 tahun.
Bunuh teman wanita: Bekas guru agama terlepas hukuman gantung, dipenjara 33 tahun 12 sebatan
Seorang bekas guru agama terlepas daripada tali gantung apabila Mahkamah Persekutuan menggantikan hukuman itu dengan penjara 33 tahun dan 12 sebatan kerana membunuh teman wanitanya.
Bunuh isteri: Bapa lima anak terlepas hukuman gantung, dipenjara 30 tahun dan 12 sebatan
Mahkamah mengguna pakai Akta Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023 (Akta 846) yang memberi budi bicara kepada mahkamah untuk mengenakan hukuman mati atau penjara.
Miliki kanabis: Bekas pemandu teksi terlepas hukuman gantung, dipenjara 10 tahun
Seorang bekas pemandu teksi terlepas hukuman gantung selepas pertuduhan mengedar kanabis yang disabitkan ke atasnya, dipinda kepada memiliki dadah.
Lelaki Bangladesh penggal kepala rakan terlepas hukuman mati, diganti penjara dan sebatan
Seorang buruh binaan warga Bangladesh terlepas daripada tali gantung apabila Mahkamah Persekutuan menggantikan hukuman itu dengan penjara 33 tahun dan 12 sebatan.