awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Cuci, jual semula lebihan makanan: Restoran diarah tutup 14 hari - JKNNS
Kerajaan Persekutuan, Sarawak setuju nilai RM1.8 bilion ambil alih Pelabuhan Bintulu
Jeti baharu tingkat pendapatan nelayan hingga 20 peratus di Kg Jilid 8
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua lokaliti di Sabah dikenakan PKPD bermula esok

Fauzi Suhaimi
Fauzi Suhaimi
05/11/2020
09:24 MYT
Dua lokaliti di Sabah dikenakan PKPD bermula esok
Ismail Sabri berkata, lokaliti itu membabitkan PTS Tawau dan Penjara Sandakan serta Kuarters Penjara Taman Wira, Sandakan. - Gambar BERNAMA
KUALA LUMPUR:Sebanyak dua lokaliti di Sabah akan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula esok (Jumaat, 6 November 2020).
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, lokaliti itu membabitkan Pusat Tahanan Sementara (PTS) Tawau dan Penjara Sandakan serta Kuarters Penjara Taman Wira, Sandakan.
Beliau berkata, bagaimanapun PKPD di Anjung Teduh Felda Sahabat, Lahad Datu akan dilanjutkan hingga 20 November.
"Kerajaan sebelum ini telah mengumumkan pelaksanaan PKPD di Anjung Teduh Felda Sahabat bermula 24 Oktober sehingga 6 November dan atas nasihat dan penilaian risiko, sidang khas hari ini bersetuju untuk melanjutkan PKPD berkenaan.
"PKPD di enam lokaliti di Semporna dan satu di Kunak pula akan ditamatkan esok.
"Kerajaan juga bersetuju untuk menamatkan PKPD di Penjara Pokok Sena, Kedah bermula 7 November ini," katanya dalam sidang media di sini pada Khamis.
Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, sebanyak tiga lagi kawasan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) iaitu di Mukim Parit Buntar, Perak; Mukim Rasau, Dungun, Terengganu dan Mukim Jimah, Port Dickson, Negeri Sembilan.
"SOP PKPB bagi mukim-mukim ini adalah sama seperti yang telah diumumkan sebelum ini dan untuk maklumat lanjut boleh dilayari di laman sesawang MKN," katanya.
Topic Berkaitan
#perintah kawalan pergerakan bersyarat
#PKPB
#PKPD
#perintah kawalan pergerakan
#ismail sabri yaakob
#COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan